England kecewakan Australia, jumpa Sepanyol di final Piala Dunia

England kecewakan Australia, jumpa Sepanyol di final Piala Dunia

PEMAIN England meraikan kejayaan melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Dunia Wanita selepas menumpaskan Australia hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY, Australia: Berdepan gegak-gempita 75,784 penonton setia Australia tidak langsung menggerunkan England untuk melakar kemenangan sensasi 3-1 sebentar tadi, sekali gus melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia Wanita buat kali pertama.

Skuad The Lionesses pernah terkandas di separuh akhir dua kali sebelum ini, namun hari ini, juara Eropah itu tidak melakukan kesilapan untuk menyingkirkan tuan rumah, Australia di depan ribuan penyokong mereka.

Kemenangan itu bakal menemukan England dan Sepanyol dalam perlawanan akhir, Ahad ini. Siapa pun yang memenangi perlawanan tersebut bakal memahat sejarah memenangi kejuaraan dunia buat kali pertama.

England yang bermula agresif terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-36 menerusi rembatan ‘roket’ bintang Manchester United, Ella Toone dari dalam kotak penalti.

ELLA Toone meraikan gol pembukaan England di Stadium Australia, sebentar tadi.  – AFP

Penyerang Chelsea, Sam Kerr menceriakan penyokong tuan rumah dan ‘membakar’ semula semangat pemain Australia apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-63 menerusi tendangan dari jarak 30 ela.

Kegembiraan penonton di Stadium Australia bagaimanapun tidak bertahan lama apabila pertahanan skuad Matildas gagal menyekat hantaran jauh England tujuh minit kemudian.

Lauren Hemp melepaskan rembatan ke penjuru gawang lawan untuk kembali meletakkan The Lionesses di depan sebelum Alessia Russo membuatkan ribuan penyokong Australia terdiam dengan meledak gol ketiga England, empat minit sebelumtamat permainan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN