Dibalun 0-8 amat menyakitkan, memalukan Kelantan

Dibalun 0-8 amat menyakitkan, memalukan Kelantan

PENYOKONG setia Kelantan FC yang tetap memenuhi Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin pulang dengan rasa kecewa dan malu selepas pasukan mereka diratah 8-0 oleh Terengganu FC. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perasaan malu dan kecewa menyelubungi penyokong Kelantan FC selepas pasukan itu diratah 0-8 oleh Terengganu FC dalam aksi Liga Super kelmarin.

Baru hendak bergembira dengan kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan, Rabu lalu, dibelasah lapan gol di Stadium Sultan Muhammad IV sukar ­diterima peminat The Red ­Warriors (TRW).

TRW Kota Bharu (TRW KB), antara kelab penyokong berpe­ngaruh tidak nampak Kelantan boleh diselamatkan ketika liga berbaki enam perlawanan.

Kekalahan ke-16 daripada 20 perlawanan musim ini meletakkan mereka di tangga kedua ter­corot liga.

“Memang ada kelompok penyokong anggap Zamburger (pemilik Kelantan, Norizam Tukiman) sebagai penyelamat bola sepak Kelantan.

“Mula-mula ayat itu boleh pakai tetapi setelah beberapa tahun pegang dan asyik kalah sehingga 7-0 atau 8-0, rakyat Kelantan tak boleh terima. Malu nama Kelantan!

PEMAIN tengah Kelantan FC, Muhaimin Izuddin Asri (kiri) bersaing dengan penyerang Terengganu FC, Engku Nur Shakir Engku Yacob kelmarin. UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

“Kalau sekadar nak pegang bola tapi tidak boleh mengurus, maka berikanlah kepada orang lain… koho dio pegey koho berat,” kata Presiden TRW KB, Mohd. Zainy Zain kepada ­Utusan Malaysia.

Katanya, jika prestasi buruk berterusan dan kekal di tangga tercorot atau kedua tercorot, tidak mustahil selepas ini penyokong akan melihat TRW bersaing dalam Liga M3.

“Kalau mutu permainan (lawan Terengganu) nak bermain Liga M3 pun tak layak. Bagi saya sebagai penyokong..jika masih tiada perubahan…saya tak nampak jalan lain selain Zamburger lepaskan TRW.

“Saya tak nampak jalan Zumburger boleh ubah nasib Kelantan. Beliau secara terhormat perlu cari orang lain untuk ambil alih,” tegasnya.
Zainy menganggap tindakan Norizam meletakkan harga tinggi untuk Kelantan FC menyebabkan mereka sukar bertukar pemilik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya