Arsenal lelong sembilan pemain kumpul dana RM585 juta

Arsenal lelong sembilan pemain kumpul dana RM585 juta

KIERAN TIERNEY.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Arsenal sedia menjual pemain secara besar-besaran bagi me­raih dana 100 juta pound (RM585 juta).

Arsenal menaruh harapan besar untuk memperkukuhkan pasukan musim ini selepas bersaing hebat dengan Manchester City dalam perebutan kejuaraan liga musim lalu.

Mereka telah berbelanja 206.5 juta pound (RM 1.3 ­billion) musim ini untuk membawa masuk Declan Rice, Kai Havertz dan Jurrien Timber dalam misi menamatkan penantian dua dekad menjulang kejuaraan EPL.

Setakat ini kelab London itu telah menjual bekas kapten, Granit Xhaka dengan nilai 21.4 juta pound (RM126 juta) kepada Bayern Leverkusen serta beberapa lagi pemain, antaranya Pablo Mari, Matt Turner dan Auston Trusty.

Beberapa pemain lagi dijang­ka dilelong sebelum tarikh ­tutup perpindahan pemain pada 1 September ini.

FOLARIN BOLAGUN

Berada dalam senarai untuk dijual Folarin Balogun, Gabriel Magalhaes, Kieran Tierney, Take­hiro Tomiyasu, Albert Sambi Lokonga, Rob Holding, Cedric Soares, Nicolas Pepe dan Nuno Tavares.

Hanya Gabriel Martinelli dan Bukayo Saka benar-benar memikat pengendali Arsenal, Mikel Arteta untuk berada dalam projek jangka panjang.

Tierney dan Lokonga bukan lagi sebahagian perancangan jurulatih kelahiran Sepanyol itu, begitu juga Pepe, Tavarez, Soares dan Holding.

GABRIEL MAGALHAES

Begitupun apa yang mengejutkan penyokong Gunners, ­Arteta juga mahu melepaskan Balogun, penyerang muda berusia 22 tahun yang menampilkan prestasi cemerlang dalam Ligue 1 sepanjang dipinjamkan kepada Reims musim lalu.

Arteta lebih memilih Eddie Nketiah sebagai pelapis Gabriel Jesus, bermakna Balogun tiada tempat dalam rancangan.

Arsenal yang memenangi dua aksi pembukaan EPL – menewaskan Nottingham Forest 2-1, diikuti Crystal Palace 1-0 akan berdepan cabaran Fulham pada perlawanan ketiga di Emirates hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN