Arsenal 'berpeluh' sebelum tumpaskan Forest

Arsenal ‘berpeluh’ sebelum tumpaskan Forest

Nottingham Forest's Ivorian Coast defender #24 Serge Aurier (C) headers the ball clear during the English Premier League football match between Arsenal and Nottingham Forest at the Emirates Stadium in London on August 12, 2023. (Photo by HENRY NICHOLLS / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or 'live' services. Online in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No video emulation. Social media in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No use in betting publications, games or single club/league PERTAHANAN Nottingham Forest, Serge Aurier (tengah) menanduk bola dari kawasan bahaya ketika menentang Arsenal dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London hari ini. - AFP/player publications. /
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal memulakan kempen musim baharu Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan, namun dipaksa berhempas pulas sebelum menumpaskan Nottingham Forest 2-1, sebentar tadi.

Jaringan babak pertama menerusi Eddie Nketiah dan Bukayo Saka meletakkan tuan rumah mendahului 2-0 di Emirates.

Begitupun, Forest memberi tekanan pada separuh masa pertama, malah jaringan pemain gantina, Taiwo Awoniyi pada minit ke-82 membuatkan Gunners berpeluh seketika sebelum mengesahkan kemenangan.

Perlawanan bermula dnegan memalukan buat Arsenal apabila sepak mula tertangguh 30 minit gara-gara berlaku isu dalam sistem e-tiket yang menyebabkan berpuluh-puluh ribu peminat tidak dapat mengambil tempat mereka tepat pada waktunya.

Sebaik sahaja perlawanan berlangsung, tiga bintang baharu Arsenal yang memaksa mereka berbelanja 200 juta pound (RM1.17 bilion), Declan Rice, Kai Havertz dan Jurrien Timber diberikan penampilan sulung bersama Gunners. 

Bagaimanapun, tiga mata  yang diraih tuan rumah dibayar dengan harga mahal selepas Timber terpaksa dikeluarkan pada babak kedua akibat kecederaan.  – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN