Vida, Erfan Akif buat tawaran beli Kelantan FC

Vida, Erfan Akif buat tawaran beli Kelantan FC

NORIZAM TUKIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mengesahkan beliau kini menerima dua tawaran untuk mengambil alih The Red Warriors (TRW).

Bagaimanapun, Norizam yang lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata, dua tawaran itu hanya merupakan perjumpaan awal untuk tunjuk minat sebelum langkah seterusnya.

“Yang minat adalah Dato Vida dan salah satu penaja Kelantan FC musim ini, Erfan Akif Ruslan pemilik Erfan Gym & Fitness.

“InshaAllah selepas pendaftaran pemain baru Kelantan FC minggu ini dan ada kelapangan saya atau wakil akan berjumpa dengan Dato Vida & Saudara Erfan Akif.

“Saya akan maklumkan hal ini pada MFL (Liga Bolasepak Malaysia) dan belum putuskan apa-apa lagi dan saya masih kekal pemegang saham terbesar dalam Kelantan FC.

“Mana yg terbaik dan menang-menang saya akan putuskan dan maklumkan pada semua,” kata Zamsaham di laman Facebooknya.

Sementara itu, Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman menjelaskan bahawa dia ketika ini hanya menunggu maklum balas daripada Zamsaham.

“Saya sudah kemukakan surat kepada Norizam dan sedang menunggu maklum balas dari beliau untuk mengadakan perjumpaan. Kita bagi kemudahan kepada beliau, tak kisah di mana dan bila tarikh beliau boleh jumpa,” kata Vida.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya