Vera puji pemain Kelantan FC walaupun kalah lagi

Vera puji pemain Kelantan FC walaupun kalah lagi

ALFREDO Vera (kanan) bersama pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman semasa memperkenalkannya sebagai jurulatih baharu Kelantan FC di Kota Bharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Meskipun kekal terperosok di tangga tercorot liga selepas tewas 3-4 kepada Penang FC kelmarin, pengendali Kelantan FC, Angel Alfredo Vera tetap optimis dengan persembahan anak-anak buahnya dalam perlawanan itu.

Bekas jurulatih Persita Tangerang itu berkata, walaupun kecundang, kejayaan menyumbat tiga gol termasuk bangkit daripada ketinggalan 1-3 sebelum menyamakan kedudukan membuktikan bahawa tahap motivasi dalam kalangan pemain kini semakin meningkat.

“Kita punyai ramai pemain muda yang bermain dengan bagus malam ini (kelmarin). Namun, kita tidak punya banyak waktu untuk (melakukan) persiapan.

“(Seperti jurulatih lain) saya juga tidak suka kepada kekalahan, tapi, jika kita lihat daripada aksi sebelum ini, memang ada peningkatan yang banyak. Jadi, kita akan terus baiki segala kelemahan yang ada,” katanya sejurus tamat perlawanan tersebut.

Ini merupakan perlawanan Liga Super kedua buat Kelantan FC di bawah kendalian jurulatih kelahiran Argentina berusia itu selepas dia dipilih menggantikan Frank Bernhardt lebih dua minggu yang lalu.

Jelas Vera, dia akan memikirkan satu strategi baharu sebaik sahaja pulang ke Kelantan dalam usaha untuk ‘memulihkan’ prestasi skuad The Red Warrior (TRW) yang sehingga kini hanya mampu mengumpul empat mata sahaja selepas mengharungi 15 perlawanan liga.

Cabaran paling getir menanti Vera selepas ini di Kota Bharu apabila Kelantan FC akan melayan kunjungan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang belum mencicirkan sebarang mata setakat ini.

Pada aksi pusingan pertama Liga Super di Johor Bahru kira-kira empat bulan yang lalu, Kelantan FC terpaksa akur apabila teruk dibelasah lawan 1-5 dalam perlawanan yang turut menyaksikan mereka merupakan sebagai pasukan pertama yang berjaya membolosi gawang ‘kebal’ skuad Harimau Selatan itu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya