Tiada sebab JDT tak boleh menang

Tiada sebab JDT tak boleh menang

ESTEBAN Solari turut sama menjalani latihan ringan bersama pemainnya di Padang Seri Gelam, Johor Bahru semalam menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang KL City malam ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari yakin mampu merangkul kejua­raan kedua musim ini dengan mempertahankan Piala FA malam ini.

Berdasarkan rekod pertemuan menentang Kuala Lumpur City (KL City) tahun ini, semua pertandingan dimenangi Harimau Selatan.

Selepas menang 3-0 di Cheras dalam aksi pertama Liga Super pada 1 Mac, JDT lebih garang apabila bermain di Stadium Sultan Ibrahim dengan membelasah The City Boys 6-1 pada 3 Julai lalu.

“Ia perlawanan yang amat penting. Sudah tentu seperti yang anda tahu, kami mempunyai peluang terbaik dan saya fikir pertembungan ini hadir pada waktu yang tepat.

“Kami berada pada prestasi terbaik musim ini dan amat menantikan final Piala FA. Kami berpeluang merangkul kejuaraan, namun tetap harus berhati-hati kerana KL City lawan yang sukar.

“Walaupun mudah menewaskan mereka 6-1 pasa aksi terdahulu, namun ini perlawanan berbeza. Kita tidak boleh jadikan kemenangan itu sebagai ukuran kekuatan lawan,” katanya.

Mengenai Arif Aiman Hanapi yang bakal dirantai pemain KL City, pengendali kelahiran Argentina itu yakin pemain sayap tersebut mampu mengatasi kepongan lawan dan menjadi watak penting JDT.

“Arif pemain yang licik dan mempunyai sentuhan gol, sudah tentu dia akan menjadi perhatian lawan. Saya percaya apa pun situasi yang dihadapi, dia mampu meloloskan diri dan beri impak pada pasukan,” ujarnya.

Sementara itu, jurulatih KL City, Bojan Hodak mengakui, corak bertahan menjadi pilihannya kerana tidak mahu kalah lagi.

“Jika saya bermain secara open play (terbuka), saya pasti menerima nasib sama seperti pertemuan terdahulu (tewas 1-6).

“Kita kena bijak dengan bermain bertahan bagi mematahkan gerakan lawan dan menunggu detik menyerang balas.

“Yang pemain perlu tenang dan bermain dengan teratur,” ujarnya.

Katanya, KL City bukan pa­sukan pilihan kerana semua orang menjangkakan JDT akan menang, jadi tekanan lebih terarah kepada lawan.

“Tiada tekanan psikologi kerana ramai memilih JDT calon pilihan menjulang Piala FA. Saya cuma mengharapkan pemain dapat beraksi dengan baik dan tuah berpihak kepada untuk mengejutkan JDT,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN