Rumput Wimbledon ‘membunuh’ saya

Rumput Wimbledon ‘membunuh’ saya

VENUS Williams terbaring dalam kesakitan selepas tergelincir ketika beraksi pada pusingan pertama Wimbledon di London semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara lima kali, Venus Williams berkata, dia ‘dibunuh oleh rumput’ selepas tersingkir pada pusingan pertama kejohanan tenis berprestij, Wimbledon semalam.

Bekas pemain No. 1 dunia berusia 43 tahun itu kalah 4-6, 3-6 kepada Elina Svitolina dari Ukraine.

Williams diberi tiket wild card (jemputan) untuk beraksi, namun itu tidak memberi ke­lebihan kepadanya.

Dia tergelincir dalam kesakitan ketika ketinggalan 1-2 di set kedua, memaksanya membalut lutut kanan untuk meneruskan permainan.

Ketika menghampiri jaring untuk melakukan voli, Williams hilang imbangan dan jatuh sambil menjerit.

“Rumput memang licin dan anda boleh jatuh pada bila-bila masa. Ia nasib malang yang menimpa saya kali ini selepas memulakan permainan dengan sempurna.

“Saya benar-benar bermula dengan baik, namun ‘dibunuh’ oleh rumput. Saya rasa berada dalam prestasi hebat ketika menyertai kejohanan ini, namun sekarang sudah tidak seronok lagi,” Williams.

Legenda Amerika Syarikat itu yang membuat kemunculan sulung pada 1997 beraksi di Kelab All England untuk kali ke-24, penampilan terbanyak buat mana-mana pemain dalam era Terbuka.

Sementara itu, Svitolina yang baru berusia dua tahun ketika Williams beraksi buat kali pertama di Wimbledon mengakui, terkejut dengan insiden yang menimpa pemilik 10 kejuaraan Grand Slam itu.

“Dia bangkit untuk meneruskan permainan, dia juara sejati. Dia berjuang dan memberi segala-galanya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya