KL City tiada masalah gaji, fokus 100 kepada Piala FA

KL City tiada masalah gaji, fokus 100 kepada Piala FA

BOJAN Hodak (kiri) dan kapten KL City, Paulo Josue bersama trofi Piala FA dalam sidang akhbar di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak menyangkal dakwaan kelab itu bergelut isu kewangan sehinggakan gaji pemain tertunggak sehingga tiga bulan.

Hodak memberitahu, dakwaan tersebut adalah tidak tepat yang dilihat sengaja mengganggu konsentrasi pemain menjelang aksi final Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam esok.

Jelasnya, tiada pemain yang mengalami tunggakan gaji sehingga tiga bulan sebaliknya berlaku sedikit kelewatan pembayaran sahaja.

“Tidak benar. Ada sedikit kelewatan sahaja dan tidak menjejaskan langsung persiapan pemain menjelang perlawanan akhir Piala FA ini.

“Selaku pemain profesional, isu seperti ini tidak menjejaskan tumpuan mereka malah bersedia untuk beri 100 peratus atas padang malam esok,” katanya di Stadium Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

PEMAIN KL City menjalani latihan akhir hari ini menjelang final Piala FA esok.

Dalam pada itu, Hodak memberitahu, pasukannya sudah mẹmbuat persiapan sepenuhnya dan akan memberi persembahan terbaik ketika menentang penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Katanya, walaupun bukan pasukan pilihan, KL City tetap mampu memberi saingan serta mengintai peluang mencipta kejutan menewaskan Harimau Selatan di kubu kuatnya itu.

“Saya akan membariskan kesebelasan utama terbaik yang kami ada, tidak ada pemain utama yang alami kecederaan atau penggantungan, semua sedia untuk diturunkan esok.

“Saya tidak merasakan tekanan setelah tumpuan hanya diberikan kepada JDT yang menang semua perlawanan musim ini dan menjadi pilihan ramai untuk mengekalkan kejuaraan Piala FA itu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN