Kazakhstan muncul juara keseluruhan atasi Jepun

Kazakhstan muncul juara keseluruhan atasi Jepun Kejohanan Karate Asia

Mohd. Ali Mohd. Rustam bersama pemenang trio Kata wanita di Kejohanan Karate Asia ke-19 di MITC, Ayer Keroh, Melaka. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Kazakhstan muncul juara keseluruhan di Kejohanan Karate Asia ke-19 yang berakhir di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Kazakhstan dinobatkan juara atas kejayaan meraih tiga emas, empat perak dan empat gangsa untuk keseluruhan mendapat 11 pingat.

Kehebatan atlet karate negara itu tidak mampu ditandingi khususnya daripada Jepun selaku juara tahun lalu di kejohanan yang sama di Uzbekistan sekadar muncul naib juara kali ini.

Di Uzbekistan, Kazakhstan sekadar menduduki tangga ketiga apabila meraih dua emas, empat perak dan dua gangsa.

Juara tahun lalu Jepun pula kecewa gagal mempertahankan kedudukannya apabila muncul naib juara di belakang Kazakhstan.

Jepun sekadar meraih tiga emas, tiga perak dan dua gangsa keseluruhan mengumpul lapan pingat jauh daripada prestasi sebenar mereka di Uzbekistan apabila meraih lapan emas, dua perak dan tiga gangsa.

Iran pula muncul pemenang tempat ketiga selepas memperoleh tiga emas, dua perak dan tujuh gangsa diikuti Jordan di tempat keempat (2 emas, 1 perak, 3 gangsa) dan Hong Kong pula ditempat kelima (2 emas, 1 gangsa).

Sementara itu Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam telah menyempurnakan majlis penutup kejohanan yang bermula sejak Jumaat lalu disertai 32 buah negara membabitkan 388 atlet.

Mohd. Ali Mohd. Rustam mengalungkan pingat gangsa kepada salah seorang atlet wanita negara dalam acara Kata wanita di Kejohanan Karate Asia ke-19 di MITC, Ayer Keroh, Melaka. UTUSAN/AMRAN MULUP

Di samping itu Mohd. Ali yang juga Penaung Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Karate Dunia (WKF) turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Bagi Kejohanan Karate Para Asia ke-2, Iran muncul juara keseluruhan apabila meraih empat pingat emas diikuti Kazakhstan muncul naib juara dengan dua emas dan dua perak manakala Arab Saudi di tempat ketiga meraih satu emas dua perak serta lima gangsa.

Sementara itu skuad karate negara sekadar menduduki tangga ke-13 pencapaian yang sama tahun lalu.

Pencapaian tiga gangsa itu sekadar memperbaiki kedudukan skuad karate negara apabila meraih dua gangsa di Uzbekistan.

Tiga gangsa diperoleh menerusi S. Prem Kumar bagi acara Kumite lelaki 55kg dan Zakiah Adnan dalam Kumite wanita bawah 61kg serta trio Kata wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya