Kane bina rumah agam siap padang golf, namun tiada bilik trofi

Kane bina rumah agam siap padang golf, namun tiada bilik trofi

HARRY Kane membina rumah agam mewah yang lengkap dengan drive lapang sasar golf tertutup, kolam renang dan spa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Rumah agam mewah baharu Harry Kane akan memuatkan padang golf dalaman, kolam renang, spa dan pawa­gam, namun tiada bilik trofi.

Kane yang juga kapten Spurs dan England sedang membina rumah impian yang meng­ingatkannya kepada Istana Be­ckingham, malah pelan dalam kawasan itu menunjukkan pe­rincian yang mewah.

Penyerang itu yang masih belum pernah memenangi kejuaraan utama untuk kelab atau negaranya, tidak menyediakan ruang khusus untuk pameran trofi seperti pemain lain.

Kane, 29, kini menetap di barat laut London bersama isteri dan tiga anaknya dengan membeli hartanah di pinggir padang golf Wentworth di Surrey dengan harga 6.65 juta pound (RM39.5 juta) pada September 2021.

Dia pernah berniat merobohkan bangunan utama, rumah kolam dan garaj untuk membina kediaman tiga tingkat.

Rumah kediaman itu mempunyai lif ke setiap tingkat serta tangga berpusing yang besar, sesuai dengan penampilan gaya zaman Georgia yang dicadangkan.

Tingkat pertama bangunan menampilkan bilik persalinan yang besar dan glam, berkemungkinan untuk isterinya, Katie, serta bekas mandian bulat dan sauna inframerah.

Selain itu, terdapat juga ba­nyak ruang untuk anak-anak kecil mereka yang tidak lama lagi akan berusia empat tahun kerana pelan rumah itu mempunyai empat bilik tidur dengan setiap satu memiliki bilik persalinan peribadi dan tandas.

Untuk ruang khas Kane pula, ada bilik khusus hanya untuk kasut-kasut bola sepaknya dan satu lagi untuk baju kot.

Kerja-kerja pembangunan awalnya berdepan tentangan Green Belt, iaitu pihak yang menjaga tanah semula jadi dan kawasan yang belum diba­ngunkan, namun dia berjaya me­yakinkan pihak tersebut dengan mewujudkan satu kawasan khas hidupan liar dalam kawasan rumahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN