Jersi kelab Liga Perdana naik harga

Jersi kelab Liga Perdana naik harga

Casemiro (kiri), Lisandro Martinez (tengah) dan Marcus Rashford memperagakan replika jersi baharu Manchester United musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sejak beberapa hari lalu, 10 kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) memperkenalkan ­replika jersi baharu untuk musim depan dan kebanyakannya menaikan harga antara sembilan hingga 14 peratus.

Jersi Arsenal dan Manchester United meningkat daripada 70 pound (RM415) kepada 80 pound (RM474) untuk musim 2023-2024, naik 14 peratus.

Kedua-dua kelab itu bersama Tottenham telah menaikkan harga mereka 5 pound (RM29) setiap tahun menjadi 80 pound, sekali gus menjadi jersi replika lengan pendek dewasa paling mahal di pasaran.

Jika pembeli ingin menambah lencana rasmi EPL serta nama dan nombor, kosnya mampu mencecah sehingga 100 pound (RM593).

Menurut pakar pemasaran sukan Jerman, Dr. Peter Rohlmann, kos asas untuk membuat baju berharga 80 pound (RM474) hanyalah 8 pound (RM47) setiap satu, atau 10 peratus daripada harga jualan.

DARWIN Nunez (kiri), Luis Diaz dan Mohamed Salah (duduk) memperagakan replika jersi baharu Liverpool yang memilih tema ke era 1990-an.

Harga 8 pound (RM47) itu termasuk kos bahan dan buruh serta pengangkutan.

Pengeluar biasanya mengambil 26.40 pound (RM156) daripada baju 80 pound (RM474), ­dengan jenama pula mengambil 23.47 pound (RM139).

Cukai Nilai Tambah (VAT) ialah 13.33 pound (RM79), de­ngan kelab menerima 4.80 pound (RM28) ‘yuran lesen’ setiap baju, manakala 2.40 pound (RM14) setiap baju dibelanjakan untuk pemasaran, dan 1.60 pound (RM9) untuk pengedaran tempatan.

Angka-angka ini adalah ­ilu­strasi dan berbeza sedikit bergantung pada kontrak antara kelab dan pengeluar mereka, yang biasanya membayar sekali gus kepada kelab setiap tahun.

Dalam pada itu, beberapa kelab memaklumkan pembekal mereka termasuk Adidas, Nike dan Puma bertanggungjawab menetapkan harga baju.

Harga baju replika naik 5 pound (RM29) untuk musim depan di Manchester City dan Liverpool, masing-masing menjadi RM444 sehelai.
Kenaikan 5 peratus juga berlaku di Aston Villa (menjadi RM415), Newcastle (RM415), Everton (RM385), Crystal ­Palace (RM355) dan Wolverhampton (RM355). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya