Demi berbasikal negara, LTdL kena diteruskan - Harrif

Demi berbasikal negara, LTdL kena diteruskan – Harrif

MOHD. HARRIF SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berbasikal berpengalaman negara, Mohd. Harrif Saleh mengharapkan agar Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dapat diteruskan biarpun status penganjurannya kini samar.

Terdahulu, saingan basikal lebuh raya paling berprestij di rantau Asia itu hilang dari radar kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), sekali gus mencetuskan rasa panik tatkala perlumbaan ini hanya kurang dua bulan sahaja lagi sebelum ia membuka tirai.

Keadaan bertambah parah apabila penganjur sebelum ini, Human Voyage pula mahu menyaman Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) selepas badan induk itu memberi kenyataan menjatuhkan imej mereka dengan dakwaan tidak menjelaskan bayaran penampilan kepada pasukan yang bertanding.

Bagi Harrif, dia enggan mencampuri urusan pihak atasan sebaliknya menegaskan penganjuran Ltdl amat penting untuk diteruskan kerana ini merupakan medan buat barisan pelumba tempatan beradu tenaga dengan pelumba terbaik luar negara.

Pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling (TSG) ini adalah sebahagian daripada pelumba tempatan yang berjaya dalam saingan ini apabila menjadi satu-satunya pelumba Asia Tenggara yang sudah menjuarai tiga peringkat perlumbaan.

“Bagi saya Ltdl perlu diadakan kerana ini adalah tempat untuk kita mengukur kemampuan pelumba tempatan, kalau sekadar berlumba seperti Sukan SEA dan sebagainya, kita tidak tahu tahap itu tinggi atau rendah. Bila sebut sahaja perlumbaan Ltdl, ia merupakan satu kebanggaan Malaysia.

“Negara-negara besar, misalnya Itali mereka akan menganggap perlumbaan Ltdl ini penting kerana ia menjadi tumpuan satu dunia. 

“Misalnya saya pernah menang ke atas pelumba dari pasukan Jelajah Dunia, pasukan pasukan lain sudah mula menghormati pasukan tempatan dan waspada dengan kami,” jelas Harrif yang ditemui Utusan Malaysia semalam ketika menyertai Kejohanan Basikal Bukit Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Taman Cabaran, Putrajaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya