Azeem, Khairul Hafiz ke separuh akhir 100 meter Kejohanan Asia

Azeem, Khairul Hafiz ke separuh akhir 100 meter Kejohanan Asia

AZEEM Fahmi (kanan) dan Khairul Hafiz Jantan mara ke separuh akhir 100m Sukan Asia Hangzhou.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi meneruskan misi untuk menakluk pentas Asia apabila melangkah ke separuh akhir acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok hari ini.

Langkah Azeem turut diiringi seorang lagi pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan yang melepasi peringkat saringan masing-masing hari ini.

Azeem, 19, yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mencatat kepantasan 10.24 saat (s) ketika mengungguli saringan kedua di Stadium Nasional Suphachalasai.

Dia mengatasi pencabar dari Hong Kong, Lee Hong Kit yang mengakhiri perlumbaan di kedudukan kedua dengan catatan 10.46s,  manakalaAli Anwar Ali Al Balushi ketiga 10.61s.

Bagaimanapun berdasarkan catatan Azeem, dia hanya berada di ranking kelima selepas tamat semua enam saringan.

Pelari Jepun, Hiroki Yanagita merakam masa terpantas dengan catatan 10.10s, diikuti rakan senegaranya, Ryuichiro Sakai yang berkongsi catatan 10.18s bersama atlet Arab Saudi, Abdullah Abkar Mohammed manakala Femi Ogunode dari Qatar keempat 10.19s.

Azeem yang kini menuntut di Universiti Auburn di Alabama adalah pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s yang dilakukan dalam Kejohanan Olahraga Bawah 20 tahun Dunia di Colombia, Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Khairul layak ke separuh akhir dengan cataran masa 10.46s. Saingan separuh akhir dan final acara itu akan berlangsung esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya