Alcaraz layak ke separuh akhir Wimbledon buat kali pertama

Alcaraz layak ke separuh akhir Wimbledon buat kali pertama

CARLOS Alcaraz meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Wimbledon.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Carlos Alcaraz memenangi pertembungan dua pemain generasi baharu untuk melangkah ke separuh akhir tenis Wimbledon buat kali pertama awal lagi tadi.

Buat kali pertama dalam era Terbuka, dua pemain berusia bawah 21 tahun berentap sesama sendiri pada suku akhir Wimbledon.

Alcaraz, 20, pemain No. 1 dunia dari Sepanyol menundukkan bintang muda Denmark yang seusia dengannya, Holger Rune 7-6 (7/3), 6-4, 6-4 untuk melangkah ke separuh akhir Grand Slam buat kali ketiga.

Dianggap sebagai bakal pengganti legenda tenis Sepanyol, Rafael Nadal, Alcaraz kini akan berdepan pilihan ketiga, Daniil Medvedev dari Russia pada separuh akhir esok.

Kemenangan itu juga memastikan dia kekal di landasan untuk menentang pemain terbaik ketika ini yang juga juara bertahan, Novak Djokovic dalam perlawanan akhir.

“Sejujurnya, ia sangat menakjubkan bagi saya.

“Memang menjadi impian saya sejak kecil, sejak mula bermain tenis untuk melangkah jauh di Wimbledon, mara ke separuh akhir.

“Saya tidak menyangka mampu bermain pada tahap yang hebat di permukaan ini (rumput). Bagi saya, ia adalah gila,” kata Alcaraz.

Begitupun ia tidak mudah buat Alcaraz mengetepikan Rune walaupun menang dalam straight set, malah pertarungan mengambil masa dua jam, 20 minit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya