Skuad Bunga Raya 15's berputih mata di laman sendiri

Skuad Bunga Raya 15’s berputih mata di laman sendiri

Pemain ragbi 15 sepasukan (15's) negara (jersi merah) cuba mengekang asakan pemain Korea Selatan ketika aksi Kejohanan Ragbi Asia Divisyen Perdana 2023. (Foto: Ihsan Kesatuan Ragbi Malaysia)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia terpaksa akur apabila tewas kepada Korea Selatan dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Ragbi Asia Divisyen Perdana yang berlangsung semalam di Stadium Saidina Hamzah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Selangor hari ini.

Ini merupakan perlawanan antarabangsa buat skuad ragbi 15 sepasukan (15’s) negara yang pertama tahun ini, dibawah kendalian jurulatih baru, Farid Syazwan Abu Bakar.

Bagaimanapun Korea Selatan terlebih dahulu membuka tirai jaringan apabila meraih try seawal minit kedua menerusi Chang Yongheung untuk menjadikan kedudukan 0-5.

Malaysia tidak mudah panik apabila mengekalkan corak permainan mereka, dan hasilnya Malaysia berjaya merapatkan jurang menerusi penalti yang disempurnakan pemain berpengalaman, Mohammad Fairuz Abdul Rahman pada minit ke 17.

Korea yang dibimbing Lee Myunggeun menggandakan usaha mereka untuk menjarakkan kedudukan dan Kim Kimin berjaya melepasi kawalan ketat barisan pertahanan Malaysia untuk mendapatkan try bagi menjadikan kedudukan 3-10 pada minit ke 28.

Korea Selatan semakin bersemangat yang menyaksikan mereka terus menjarakkan mata untuk baki empat minit terakhir sebelum babak pertama menutup tirai.

Bermula dengan penalti yang disempurnakan sekali lagi oleh Kimin pada minit ke 36, disusuli try yang diraih Lee Geon sebelum Kimin memastikan Korea Selatan selesa di depan dengan keputusan 3-20 apabila menyempurnakan conversion pada minit ke 40.

Korea terus menekan kem Malaysia di babak kedua apabila Hwang Jeongwook berjaya mendapatkan try dan sepakan Kimin terus menjadi untuk menyempurnakan conversion pada minit ke 43 bagi menjadikan kedudukan 3-27.

Biarpun perlawanan terpaksa dihentikan seketika pada minit ke 66 akibat petir dan kilat, namun ia tidak dapat menghalang Korea Selatan untuk mencatatkan kemenangan ke atas Malaysia.

Tugas lebih mencabar buat Malaysia selepas ini apabila bakal berdepan dengan juara dua kali, Hong Kong 10 Jun depan di laman lawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya