Sang Badak tersembam bukan kerana kes ‘pukul’ - Utusan Malaysia

Sang Badak tersembam bukan kerana kes ‘pukul’

PERTAHANAN Sabah FC, Park Tae-soo (kiri) diasak pemain PDRM FC dalam saingan Liga Super di Petaling Jaya kelmarin. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kontroversi melibat seorang pemain Sabah FC yang didakwa memukul teman wanita tiada kaitan dengan kekalahan mengejut skuad Sang Badak kepada PDRM FC kelmarin, tegas pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee.

Kekalahan 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling itu berpunca daripada pre­stasi buruk mereka sendiri.
Kata Kim Swee, penurunan prestasi sudah ditunjukkan sejak mereka kalah 2-1 kepada Kedah pada 2 Jun lalu.

“Semua pihak harus menghormati kedua-dua pihak apatah lagi ia membabitkan hal peribadi.

“Apa yang berlaku itu adalah luar kawalan kita, jadi mereka harus cari jalan menyelesaikan masalah masing-masing.

“Tumpuan saya adalah kepada persembahan kita dan ­prestasi semasa yang agak membimbangkan. Untuk itu, beberapa pertukaran akan berlaku selepas ini,” kata Kim Swee.

PEMAIN PDRM FC meraikan gol kemenangan mereka.

Sebelum ini, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan berita seorang bekas pemain kebangsaan didakwa membelasah kekasihnya sehingga cedera selepas berlaku pertengkaran antara mereka baru-baru ini.

Biarpun maklumat pemain berkenaan tidak didedahkan namun, pemain itu didakwa beraksi untuk Sabah FC dan dia juga tidak diturunkan dalam kesebelasan utama atau di bangku simpanan ketika berdepan PDRM FC.

Kekalahan 1-0 di tangan PDRM itu menyaksikan skuad Sang Badak tumbang dalam dua aksi berturut turut dan hanya menang sekali daripada tujuh aksi di tempat lawan.

Malah, Kim Swee turut menyifatkan ia sebagai satu keputusan yang mengecewakan dan pemain harus menyalahkan diri sendiri atas kegagalan mengutip mata penuh itu.

“Kita harus ambil iktibar di mana kita tak boleh benarkan kekalahan demi kekalahan terutama di tempat lawan dengan kita memasuki pusingan kedua.

“Jika kita tidak mendapat keputusan terbaik, kita akan ketinggalan selepas ini,” kata­nya yang berharap pemain ‘kontroversi’ itu segera menyelesaikan masalahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya