Ronaldo sentiasa teruja cipta rekod dunia

Ronaldo sentiasa teruja cipta rekod dunia

CRISTIANO Ronaldo menerima sijil Rekod Dunia Guinness selepas membuat penampilan ke-200 bersama Portugal ketika menentang Iceland di Reykjavik semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cristiano Ronaldo mungkin sudah keluar dari radar Eropah di peringkat kelab, namun bintang Portugal itu masih sukar dibendung apabila mencipta rekod sebagai pemain pertama membuat 200 penampilan skuad kebangsaan.

Penyerang Al-Nassr itu mencatat nama dalam Rekod ­Dunia Guinness apabila membantu Portugal menumpaskan Iceland 1-0 pada kelayakan Euro 2024 semalam.

Lebih manis lagi, bekas bintang Real Madrid, Manchester United dan Juventus itu meledak gol kemenangan pada minit ke-89 dalam aksi di tempat lawan.

Kapten Portugal itu membuat penampilan pertamanya pada 2003, dan sejak itu dia terus mencipta sejarah peribadi dan negaranya.

“Saya gembira. Berjaya mencapai penampilan ke-200 detik yang tidak pernah difikirkan.

“Dua ratus perlawanan yang dimainkan membuktikan cinta saya untuk negara.

“Ia amat bermakna kerana 200 ­angka yang tidak pernah dicatat mana-mana pemain lelaki.

“Ia pencapaian yang sukar dipercayai dan menjaringkan gol kemenangan menjadikannya lebih istimewa,” kata Ro­naldo.

Ronaldo terpaksa menunggu hampir dua minit untuk meraikan kemenangan apabila pengadil menafikan rembatan jarak dekatnya tetapi jaringan diberikan selepas ulangan video bantuan pengadil (VAR). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN