Ronaldo diserbu dalam lawatan singkat ke Singapura

Ronaldo diserbu dalam lawatan singkat ke Singapura

CRISTIANO Ronaldo dibawa menaiki buggy ketika hadir di Taman Botanik Singapura kelmarin untuk menyokong projek biasiswa kepada golongan muda yang diasaskan hartawan Singapura, Peter Lim. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Cristiano Ronaldo hanya berada di Taman Botanik Singapura kira-kira 15 hingga 20 minit, namun tempat itu diserbu peminat yang hadir untuk melihat bintang bola sepak Portugal tersebut secara dekat kelmarin.

Mereka berlari dan mengerumuni buggy yang dinaiki bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu sepanjang kunjungan di Taman Botanik bagi memenuhi jemputan teman rapatnya iaitu dermawan Singapura, Peter Lim.

Kehadiran pemenang lima anugerah ­Ballon d’Or itu adalah untuk menyokong program biasiswa yang diasaskan oleh rakannya Peter yang diberi nama NP Parks-Peter Lim.

Program itu bertujuan membantu golongan muda yang tidak berkemampuan mengejar impian mereka dalam bidang hortikultur (penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, bunga hiasan dan landskap), ekologi dan veterinar.

Ini kali keempat Ronaldo berkunjung ke Singapura dalam tempoh 10 tahun, dan yang pertama sejak wabak Covid-19 me­landa pada 2020.

Jika Ronaldo, 38, memilih untuk berkunjung ke Singapura, seteru utamanya, Lionel Messi yang membuat penampilan terakhir bersama Paris Saint-Germain (PSG) semalam pula akan menyertai skuad Argentina ­untuk aksi persahabatan menentang Indonesia di Jakarta.

Kedua-dua pasukan itu akan berentap pada 19 Jun ini di Stadium Bung Karno, ­Jakarta de­ngan tiket dijual bermula serendah AS$40 (RM184) sehingga AS$285 (RM1,304).

Selain dua ‘superstar’ bola sepak tersebut, Indonesia juga bertuah apabila legenda Brazil, ­Roberto Carlos turut mengunjungi negara itu atas undangan Presiden Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI), Erick Thohir.

Carlos hadir untuk menurunkan ilmu kepada pemain-pemain muda ­bermula dari Isnin hingga Khamis lalu.

Selain Carlos, pemain skuad bawah 16 tahun negara itu juga menuntut ilmu daripada ­le­genda Itali, Marco ­Materazzi, Eric Abidal (Pe­rancis), Juan Sebastian Veron (Argentina), Giorgos Karagounis (Greece) serta Kaka (Brazil). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya