PSM akhirnya kembali ke pangkuan Astaf

PSM akhirnya kembali ke pangkuan Astaf

MOHD. SUMALI Reduan (tiga dari kanan) disematkan dengan lencana Astaf oleh Abdul Halim Kadir (dua dari kiri) selepas Mesyuarat Agung Tahunan PSM di Kuala Lumpur Jun lalu. - UTUSAN/AIZAWATI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) kembali diterima  menjadi ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) berkuatkuasa esok.

Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh Presiden Astaf, Datuk Abdul Halim Kader yang hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PSM hari ini.

“Alhamdulillah hari ini (semalam) Datuk Halim telah umumkan penerimaan kembali PSM menjadi ahli gabungan Astaf dan susah pasti, ini satu berita baik untuk semua peminat sepak takraw negara dan satu perkara yang kita nanti-nantikan selama ini.

“Selepas kita mohon kembali pada Disember 2022 dan akhirnya terjawab. Ini juga menjadi semangat dan titik tolak kepada PSM untuk terus bekerjasama serta menjalin hubungan baik dengan Astaf dalam apa juga kejohanan di peringkat antarabangsa,” kata Presiden PSM, Datuk Mohd. Sumali Reduan selepas mempengerusikan AGM PSM

Pada Mei 2021 Astaf melucutkan keahlian PSM kerana melanggar perjanjian bertulis mengkritik badan induk sepak takraw Asia itu secara terang-terangan, disusuli pengguguran keahlian oleh Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) pada Februari, tahun lalu.

Menurut Sumali, sekembalinya PSM ke pangkuan Astaf banyak perkara perlu difikir dan dibincangkan bersama badan induk itu, terutama tentang perlembagaan dan undang-undang permainan.

Jelasnya, sepanjang tempoh disingkirkan, PSM tidak pernah mengamalkan pendekatan bermusuh dan sentiasa menghubungi ASTAF bagi mendapatkan pandangan tentang banyak berkata seperti Sukan Asia, Sukan SEA dan sebagainya.

Ketika ditanya antara sebab PSM diterima kembali, beliau menegaskan, Astaf tidak boleh membuang Malaysia sebagai salah satu kuasa besar sukan sepak takraw dan sudah tentulah diambil balik untuk duduk di bawah pertubuhan itu.

“Kalau tidak bekerjasama antara kita, ia hanya akan menyebabkan satu konflik besar dan sampai bila kita hendak duduk di luar Astaf atau Istaf,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya