Malaysia tuan rumah sepak takraw Piala Dunia

Malaysia tuan rumah sepak takraw Piala Dunia

ISTAF memutuskan sistem kiraan mata sepak takraw kepada kepada sistem 15 mata.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia telah dipilih oleh Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Sepak Takraw yang dijangka berlangsung tahun depan.

Setiausaha Agung Istaf, Datuk Abdul Halim Kader berkata, PSM telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan kejuaraan tersebut dengan trofi kejohanan dicadangkan mengambil nama tokoh sepak takraw dari negara ini.

“Pada pertandingan itu nanti, fokus kita adalah kepada acara berpasukan serta beregu dan kita percaya Malaysia mampu untuk melaksanakan tugas besar itu dan ISTAF bersedia membantu dari segi teknikal,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PSM yang dipengerusikan hari ini.

Selain memilih negara ini sebagai tuan rumah Piala Dunia yang dijangka membabitkan lebih 16 buah negara, Abdul Halim yang juga Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf ) turut bercadang untuk mengeksport jurulatih-jurulatih negara ini ke Asia Timur, Afrika dan Eropah.

“Saya tidak berminat hanya sebuah negara mendominasi penghantaran jurulatih ke luar negara, sekarang kita sedang fikirkan bagaimana hendak eksport jurulatih Malaysia.

“Jadi, ia secara tidak langsung akan menjadi pekerjaan kedua buat jurulatih berkenaan, selain itu, kita juga mencadangkan agar PSM turut mengeksport pemain Malaysia kerana ramai yang berbakat besar untuk beraksi di luar.

“Sebagai contoh pemain Malaysia di eksport ke Indonesia dan kita saling tukar cara bermain, sementara soal kontrak, kita boleh uruskan,” ujarnya.

Ketika ditanya pula tentang penerimaan kembali PSM ke pangkuan Astaf , Abdul Halim memberitahu, perkara tersebut telah dibincangkan sewaktu Sukan SEA di Kemboja, baru-baru ini.

“Keputusan untuk menerima kembali PSM pula kita buat, hari ini (semalam), tetapi ia telah mula dibincangkan sejak dua bulan lalu,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya