PETALING JAYA: Hilang empat tonggak berdepan tuan rumah, Thailand tugas sukar buat skuad negara yang wajib menang apabila turun dalam aksi kedua Piala Asia Bawah 17 tahun (B-17) di Stadium Pathum Thani, Bangkok malam ini.
Jurulatih Malaysia B-17, Osmera Omaro berkata, seorang lagi tonggak disahkan tidak dapat beraksi selepas mengalami gegaran ketika tewas 0-4 kepada Yemen dalam aksi pembukaan, Khamis la
Tiga daripada mereka sudah ditinggalkan di Kuala Lumpur kerana cedera sebelum berlepas ke Bangkok.
“Ada seorang lagi pemain utama akan terkeluar dari kejohanan, ia bermakna pemain utama keempat tidak dapat beraksi.
“Sudah pasti akan ada kesan apabila empat pemain utama tiba-tiba tiada dalam skuad tetapi kita akan cuba yang terbaik dengan pemain yang ada.
“Semua pemain kekal bersemangat, buat semampu boleh dan elak kesilapan,” katanya.
Selain perlu menang ke atas Thailand, Malaysia juga wajib mengalahkan Laos dalam aksi terakhir jika mahu melayakkan diri ke suku akhir.