KBS salur RM500,000 untuk sukan komuniti di Kelantan

KBS salur RM500,000 untuk sukan komuniti di Kelantan

HANNAH Yeoh (dua dari kiri ) beramah mesra bersama belia yang hadir pada Majlis Perasmian Hari Belia Negara (HBN) 2023 peringkat negeri Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV,Kota Bharu,Kelantaan hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukan dana khas sebanyak RM500,000 untuk tujuan penganjuran sebarang aktiviti berkaitan sukan komuniti di Kelantan tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, mana-mana pertubuhan belia ataupun badan bukan kerajaan (NGO) yang layak boleh memohon untuk mendapatkan dana berkenaan.

“Masukkan permohonan segera dan gunakan sebaik mungkin untuk aktiviti sukan komuniti sebagai contoh di Kelantan terkenal dengan permainan Tradisional gasing.

“Saya berharap dengan suntikan dana ini, mana-mana persatuan akan dapat meningkatkan dua kali ganda jumlah ahli persatuan masing-masing,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Hari Belia Negara (HBN) 2023 peringkat negeri Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hannah berkata, penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) di Kelantan dianjak ke 2028 bagi memastikan pembinaan stadium baharu di Bukit Merbau dapat disiapkan.

Katanya, selepas penganjuran temasya itu dianjakkan, Sukma 2024 akan berlangsung di Sarawak dan seterusnya 2026 di Kuala Lumpur sebelum ke Kelantan dua tahun kemudian.

“Kita telah jadualkan Sukma di Kelantan pada 2028 untuk memastikan infrastruktur dan fasiliti sukan dapat disiapkan sebelum temasya itu berlangsung.

“Jadi ia tidak ada masalah untuk diajakkan, tambahan lagi Sukma akan melibatkan banyak jenis sukan yang memerlukan pelbagai fasiliti,”katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya