Karikatur lucu, Linette bimbang tak jumpa jodoh

Karikatur lucu, Linette bimbang tak jumpa jodoh

MAGDA LINETTE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang tenis Poland, Magda Linette dalam nada bergurau berkata, harapannya untuk mencari calon suami menerima tamparan gara-gara sebuah lukisan karikatur.

Linette, 31, yang dalam persiapan terakhir untuk menghadapi kejohanan tenis tertua dunia, Wimbledon dikejutkan dengan penyingkiran awal pada pertandingan pemanas badan di Nottingham dan Birmingham.

Itu meneruskan prestasi buruknya sejak kejayaan mara ke separuh akhir Terbuka Australia pada Januari lalu.

Selepas tumpas 3-6, 0-6 kepada pemain China, Zhu Lin pada pusingan kedua Birmingham Classic, Rabu lalu, mood Linette menjadi lebih teruk apabila dia menemukan lukisan karikatur yang lucu.

Imej tersebut menunjukkan dia sedang melakukan pukulan kilas tetapi ketika badan, lengan serta kakinya kelihatan normal, lehernya pula mengembang dan dia mempunyai kepala yang besar.

Penekanan di hidung menjadikan ia lebih besar daripada bola tenis, dan tidak lebih kecil daripada raketnya.

Sekurang-kurangnya lukisan itu dihasilkan sebagai penghargaan atas kejayaannya di Terbuka Australia, menggambarkan Linette dengan ­senyuman yang berseri-seri.

Poster karikatur tersebut menghiasi kejohanan Terbuka Poznan yang diadakan di negaranya.

“Terbuka Poznan, anda tidak membantu saya dalam mencari calon suami. Tidak membantu,” tulisnya dalam Twitter sambil diiringi emoji gelak.

Status Linette itu menarik perhatian sebahagian besar daripada 42,000 pengikutnya di Twitter, yang tampil memberi soko­ngan kepada pemain No. 20 dunia tersebut.

“Anda adalah pai comel! Anda akan menemui pasa­ngan jiwa anda tidak lama lagi,” tulis seorang pengikut Twitter.

“Tiada siapa yang memahami apa yang mereka fikirkan,” kata seorang lagi peminat.

Dan penyokong terakhir mengulas: “Anda cantik dan seorang yang sangat baik. Saya baru-baru ini bertemu dengan anda di Birmingham.

Terima kasih atas swafoto yang menjadikan hari saya hari ini.”

Linette menuju ke Kelab ­­All England bulan depan dengan harapan untuk memperbaiki pencapaian pusingan ketiga pada 2019 dan 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya