Era Messi, Ronaldo sudah berakhir

Era Messi, Ronaldo sudah berakhir

JAMAL Musiala (tengah) percaya, ketiadaan Lionel Messi (kiri) dan Cristiano Ronaldo di pentas Eropah musim depan membuka jalan kepada generasi baharu untuk menyinar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Bintang muda Bayern Munich, Jamal Musiala berkata, era Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo di pentas bola sepak Eropah sudah berakhir.

Pemain antarabangsa Jerman itu juga menganggap kini tiba masa untuk generasi baharu sepertinya menyerlah selepas kedua-dua penyerang ikonik tersebut meninggalkan pentas Eropah.

Messi yang bakal menginjak usia 36 tahun pada 24 Jun ini memutuskan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) dengan menyertai Inter Miami musim depan

Sementara itu, Ronaldo, 38, meninggalkan Eropah lebih awal dengan menyertai gergasi Arab Saudi, Al-Nassr menerusi rekod perpindahan lumayan pada Januari lalu.

Legenda Argentina dan ­Portugal itu pastinya akan dirindui musim depan, dan ia kali pertama pentas Eropah bakal berlangsung tanpa kedua-dua penyerang terhebat sepanjang zaman itu sejak 2002.

Bagaimanapun, Musiala, 20, yakin pemergian mereka juga satu rahmat dan membuka jalan kepada generasi baharu yang bersedia mengambil alih gandingan dua penyerang ikonik itu.

“Saya fikir ia adalah satu ­perubahan era. Generasi baharu kini di sini dan boleh menggunakan kesempatan yang ada.

“Kedua-dua GOAT (pemain terhebat sepanjang zaman) sudah membuka jalan dan pintu kepada ramai pemain,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN