Dilarang guna selimut tayar, risiko kemalangan F1 makin tinggi

Dilarang guna selimut tayar, risiko kemalangan F1 makin tinggi

SELIMUT tayar sudah digunakan dalam perlumbaan Formula Satu sejak pertengahan 1980-an.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemandu Mercedes, George Russell memberi amaran kepada pengelola Formula Satu (F1) bahawa risiko kemalangan akan meningkat jika mereka meluluskan peraturan kontroversi baharu yang mengharamkan selimut tayar.

Ketika ini, pembekal tayar F1, Pirelli telah membangunkan getah baharu yang boleh menafikan keperluan untuk pemanas tayar sebagai sebahagian daripada usaha lebih meluas bagi meningkatkan sukan itu.

Selimut tayar telah menjadi sebahagian sukan F1 sejak pertengahan 1980-an dan digunakan untuk memastikan tayar sentiasa hangat sebelum ia dipasang pada kereta, memboleh­kan pemandu meningkatkan suhu perlumbaan dengan lebih cepat.

Terdapat beberapa percubaan pada masa lalu untuk mengha­ramkannya tetapi ini telah ditolak oleh pemandu dan pasukan yang berpendapat ini akan menjejaskan keselamatan kerana tayar yang lebih sejuk bermakna kurang cengkaman, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

Begitupun dengan Pirelli kononnya mencipta inovasi tayar baharu, penganjur F1 mempertimbangkan semula untuk melarang penggunaan selimut tayar bermula tahun hadapan.

PIRELLI mencipta inovasi tayar baharu.

Sejak beberapa bulan lalu, pemandu dan pakar telah berulang kali bersuara menentang langkah ini dan bintang Britain, Russell yang juga Pengarah ­Persatuan Pemandu Grand Prix, mengeluarkan amaran keras.

“Jika saya jujur sepenuhnya, saya tidak fikir kita sebagai sebuah sukan berada pada kedudukan untuk membawa tayar ini ke dalam senario perlumbaan.

“Saya sangat prihatin dengan semua mekanik di lorong pit semasa hentian pit, saya prihatin untuk berlumba dalam keadaan tayar sejuk. Akan ada kemala­ngan, saya tidak ragu-ragu mengenainya,” katanya.

Russell salah seorang pemandu yang menguji tayar baharu di Barcelona beberapa minggu lalu.

Ujian terakhir akan diadakan pada Grand Prix Britain bulan depan, selepas itu undian akan diadakan untuk perubahan peraturan diluluskan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya