Chelsea tolak tawaran ketiga United untuk dapatkan Mount

Chelsea tolak tawaran ketiga United untuk dapatkan Mount

MASON MOUNT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea menolak ­tawaran ketiga Manchester ­United untuk mendapatkan bintang tengah England, ­Mason Mount.
Tawaran terbaru ini secara keseluruhan bernilai 55 juta pound (RM327 juta).

Chelsea sebaliknya mengemukakan cadangan balas ­dengan menuntut 65 juta pound (RM386 juta) dan bersedia me­ngadakan rundingan bagi mencari penyelesaian terbaik.

Tawaran ketiga United me­rangkumi bayaran jaminan 50 juta pound (RM297.2 juta) ditambah 5 juta pound (RM29.7 juta), dan telah diserahkan kepada Chelsea semalam.

Bagaimanapun ia ditolak serta-merta oleh Blues yang ­mahukan 58 juta pound (RM344 juta) dan tambahan 7 juta pound (RM41 juta).

Pengurusan ter­tinggi di Old Trafford sangat keberatan membayar lebih untuk Mount.

Tawaran waran yang dibuat semalam dijangka menjadi ‘harga’ terakhir yang sanggup dipenuhi bagi mendapatkan pemain berusia 24 tahun itu.

United percaya, pakej baharu mereka sangat adil untuk ­seorang pemain yang berada pada ­tahun terakhir kontrak­nya.

Biarpun tiada keinginan membayar lebih untuk Mount, United mungkin bersedia berunding mengenai butiran dan struktur perjanjian yang lebih terperinci selepas pemain itu dikenal pasti sebagai salah satu sasaran utama pengurus, Erik Ten Hag.

Beberapa kelab terkemuka Eropah juga sedang memantau rapat perkembangan Mount dan bersedia mengorak langkah pada Januari jika dia tidak menyertai United musim panas ini.

Mount boleh menandatangani perjanjian pra kontrak ­de­ngan kelab luar England pada awal tahun ini, senario yang sangat diketahui oleh Chelsea.

Gergasi bola sepak Jerman, Bayern Munich antara yang berminat mendapatkan bintang pemain itu memandangkan mereka kini dibimbing bekas bos Chelsea, Thomas Tuchel yang sangat mengagumi Mount.

Mount juga masih berpotensi menandatangani kontrak baharu di Chelsea selepas pe­ngurus baharu mereka, ­Mauricio Pochettino yang mula bekerja ­minggu depan mahu mengekalkannya.

Begitupun, dengan matlamat utama Chelsea pada musim panas ini adalah mengurangkan perbelanjaan pemain ekoran kos tinggi yang mencecah 600 juta pound (RM3.5 bilion) musim lalu, pihak atasan Blues akan cuba mencari ­jalan penyelesaian dengan United.

Jika gagal, mereka akan menawarkan ­Mason kepada kelab Eropah lain yang berpotensi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN