Arsenal sanggup bayar RM623 juta untuk Rice

Arsenal sanggup bayar RM623 juta untuk Rice

DECLAN RICE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal menyerahkan tawaran 105 juta pound (RM623 juta) untuk membeli Declan Rice daripada West Ham, sekali gus menjadikan pemain berusia 24 tahun itu ­paling mahal dalam sejarah bola sepak Britain.

Langkah saat akhir itu diambil hanya beberapa jam selepas Manchester City mengemukaan tawaran 80 juta pound (RM475 juta) ditambah 10 juta pound (RM59 juta) lagi yang ditolak ditolak The Hammers, Isnin lalu.

Ini percubaan ketiga Arsenal untuk mendapatkan bintang tengah England itu.

Tawaran terakhir 90 juta pound (RM534 juta) sebelum ini iaitu ­75 juta pound (RM445 juta) ditambah 15 juta pound (RM89 juta) ditolak oleh West Ham.

Nilai tersebut menyaksikan City kini perlu mengeluarkan tawaran lebih daripada 100 juta pound (RM594 juta) yang dibayar ketika mendapatkan Jack Grealish pada Ogos 2021, atau mengaku kalah dalam perebutan Rice.

JACK GREALISH

Sementara itu, destinasi ­pilihan Rice sentiasa menjadi kelab yang berpangkalan di London di bawah bimbingan Mikel Arteta, walaupun dia turut me­ngagumi pengurus City, Pep Guardiola dengan deretan trofi.

West Ham pada asalnya mencari bayaran keseluruhan bernilai lebih 106 juta pound (RM629 juta) bagi mengatasi bayaran yang dikeluarkan Chelsea semasa mendapatkan bintang Argentina, Enzo ­Fernandez dari Benfica.

Bagaimanapun, angka tersebut dilihat hampir mustahil untuk dipenuhi mana-mana kelab yang berminat merebut Rice, dan Arsenal menjadi pasukan yang sanggup mengeluarkan wang sebanyak itu.

Buat masa ini, Rice sedang bercuti dua minggu, dan dijangka tidak kembali ke sesi latihan West Ham selepas tamat tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan England.

Arteta mahukan perpindahan Rice selesai sebelum mereka memulakan aksi pra­mu­sim di Amerika Syarikat (AS), de­ngan perlawanan per­tama dijangka berlangsung pada 20 Julai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN