Xhaka antara tujuh pemain tinggalkan Arsenal

Xhaka antara tujuh pemain tinggalkan Arsenal

GRANIT Xhaka bakal meninggalkan Arsenal musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta perlu memikirkan pelan terbaik untuk membawa masuk ‘senjata’ baharu, selain bakal kehilangan pemain lama pada jendela perpindahan nanti, bagi merapatkan jurang dengan Manchester City.

Granit Xhaka antara tujuh pemain yang bakal tinggalkan Arsenal pada penghujung musim ini.

Pemain tengah itu, semakin hampir meninggalkan Gunners selepas menikmati karier turun naik bersama Arsenal sepanjang tujuh tahun.

Xhaka pernah menjadi pemain ‘buangan’ dan kembali menjadi tonggak selepas Arteta mengambil alih pasukan, namun kelab itu tidak berminat menawarkan lanjutan kontrak kepada pemain Switzerland tersebut.

Gunners merancang untuk mendapatkan wang tambahan sebanyak mungkin pada jendela perpindahan musim ini.

Difahamkan Bayer Leverkusen mendahului perlumbaan untuk mendapatkan pemain berusia 30 tahun itu, dengan tawaran 13 pound juta (RM73.3 juta) mampu diraih Arsenal jika melepaskan Xhaka.

Kegagalan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas hampir 70 peratus perlawanan keseluruhan menerajui kedudukan teratas menyaksikan Arteta terdesak untuk menyediakan pasukan lebih baik bagi memberi cabaran kepada City musim depan.

Declan Rice menjadi sasaran utama Arsenal tetapi dengan tanda harga 100 juta pound (RM564 juta) diletakkan kepadanya, bermakna kelab itu perlu mencari lebihan dana untuk memenuhi cita-cita tinggi tersebut.

Selain Xhaka, beberapa pemain antaranya Oleksandr Zinchenko, Reiss Nelson, Folarin Balogun, Nicolas Pepe, Cedric Soares dan Pablo Mari bakal dilepaskan Arsenal untuk mendapat dana mencukupi buat Arteta membawa masuk muka baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya