Vietnam singkirkan Malaysia dari Sukan SEA Kemboja 2023

Vietnam tunjukkan skuad B-22 negara jalan keluar

Penyerang negara, Aliff Izwan cuba melepasi kawalan pemain Vietnam sebelum tumpas 1-2 dalam aksi ketiga peringkat Kumpulan B Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Prince, Phnom Penh sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH – Hasrat skuad bawah 22 (B-22) negara untuk mara ke peringkat separuh akhir tertutup rapat setelah tewas kepada Vietnam dengan keputusan 1-2 dalam aksi ketiga peringkat kumpulan temasya Sukan SEA Kemboja 2023 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Prince itu, skuad muda Harimau Malaya kendalian E. Elavarasan dikejutkan seawal minit ke-6 selepas pasukan lawan yang juga juara bertahan dihadiahkan sepakan penalti.

Kesempatan tersebut digunakan sebaiknya oleh penyerang utama pasukan Nguyen Van Tung yang menendang masuk bola muntah selepas penjaga gol negara, Sikh Izhan Nazrel berjaya menepis bola tepat kearahnya.

Jaringan tersebut menaikkan semangat skuad Naga Emas yang tidak menunggu lama untuk menggandakan kedudukan dengan Van Tung sekali lagi menjadi duri dalam daging selepas menanduk masuk gol kedua peribadi pada minit ke-33.

Pemain tengah negara, Aiman Afif menghidupkan harapan skuad negara apabila merapatkan kedudukan 1-2 menerusi gerakan set piece pada minit ke-43.

Bersambung pada babak kedua, Malaysia tampil lebih agresif dan memiliki beberapa peluang terbaik menerusi percubaan tonggak tengah, Najmudin Akmal Kamal Akmal tetapi rembatannya terkena tiang gol.

Nasib Malaysia bertambah malang apabila pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada pemain yang baru dimasukkan, Muhammad Safwan Mazlan atas kekasaran yang dilakukan ke atas penyerang lawan pada minit ke-79.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila kini giliran Najmudin diarahkan keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-82 dengan Malaysia terpaksa beraksi dengan sembilan pemain sehingga tamat perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya