United beli Kane, Neymar jika diambil alih Sheikh Jassim?

United beli Kane, Neymar jika diambil alih Sheikh Jassim?

HARRY KANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Erik ten Hag memberitahu pengurusan tertinggi Manchester United, dia mahukan pemain No. 9 (penyerang tengah).

Pengendali dari Belanda itu terdesak untuk membawa ­masuk kapten England, Harry Kane biarpun Tottenham meletakkan tanda harga 100 juta pound (RM561 juta).

Red Devils mampu mendapatkan dana besar jika diambil alih oleh hartawan Qatar, Sheikh Jassim yang berusaha membeli kelab dengan bidaan 5.5 bilion pound (RM30.85 bilion).

Menurut akhbar The Sun, ­bintang-bintang United mahu Keluarga Glazer menjual kelab tersebut bagi ­menguatkan skuad dengan pemain bertaraf dunia.

Penyokong United menyanyikan lagu ‘Harry Kane…kami akan jumpa anda pada Jun’ ketika pasukan itu seri 2-2 de­ngan Tottenham, Jumaat lalu.

Pada sidang akhbar selepas perlawanan, Kane mengakui, dia dapat mendengar dengan jelas nyanyian itu.

“Saya dengar apa mereka kata tetapi saya hanya fokus kepada pasukan dan cuba membantu kelab menamatkan musim sebaik yang boleh,” katanya.

Dalam sidang akhbar yang sama, Ten Hag berkata, ia bukan lagi rahsia United memerlukan pemain No. 9 kerana posisi itu adalah masalah utama mereka sepanjang musim ini.

“Kami telah kehilangan (Cristiano) Ronaldo, kemudian ­Anthony Martial kerap tidak dapat diturunkan, begitu juga Jadon Sancho.

“Kami ada beberapa pemain yang boleh memainkan peranan itu tapi kami memerlukan pe­nyerang tulen,” kata Ten Hag.

Sheikh Jassim

United mahu menggandingkan Kane dengan Marcus Rashford musim depan dan sedia membayar 600,000 (RM3.36 juta) seminggu untuk kombinasi tersebut.

Red Devils sedia menaikkan gaji kedua-dua bintang England itu dari 200,000 pound (RM1.12 juta) ketika ini kepada 300,000 pound (RM1.68 juta) seminggu.

Sekiranya Sheikh Jassim berjaya membeli United, dia juga mahu membawa masuk pe­nyerang Brazil, Neymar yang kini menikmati 490,000 pound (RM2.95 juta) seminggu di PSG.

Bagaimanapun semalam, terdapat laporan mengatakan Sir Jim ­Ratcliffe bersedia menyai­ngi Sheikh Jassim dengan membeli 69 peratus saham kelab.

NEYMAR

Sepanjang musim ini, ­Rashford, 25, bertindak cemerlang menjadi penyerang utama ­United dengan meledak 29 gol.

Begitupun Ten Hag lebih gemar jika bintang Three Lions itu bertindak sebagai pemain sayap yang memotong dari kiri dan mahukan titik fokus baharu untuk serangannya.

Selain Kane, Victor Osimhen dari Napoli, Jonathan David (Lille), Rasmus Hojland (Ata­lanta), bekas penyerang Chelsea, Tammy Abraham dan bintang Juventus, Dusan Vlahovic turut berada dalam radar Red Devils.

Osimhen, 24, kelihatan ­seperti penyerang tengah pe­ringkat ter­atas yang diperlukan United ketika beraksi dalam sai­ngan Serie A mahu pun Liga Juara-Juara.

Begitupun se­perti Kane, bintang Nigeria itu juga mempunyai tanda harga yang tinggi, 100 juta pound.

Dia juga tidak mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga ­Perdana Inggeris, sekali gus menjadikan Kane sasaran terbaik buat ­United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya