Tiada siapa akan merempat di Kemboja – CDM

Tiada siapa akan merempat di Kemboja – CDM

MOHD. Nasir Ali bertemu bersama pasukan kriket negara di Hotel Sun & Moon Riverside, Phnom Penh semalam. - IHSAN OLYMPIC MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Mohd. Nasir Ali akan memastikan semua atlet dan pegawai kontinjen Malaysia yang akan berjuang pada temasya dwitahunan itu mendapat layanan setimpal serta penginapan selesa.

Isu itu timbul apabila beberapa delegasi awal kontinjen Malaysia mendedahkan perkampungan sukan yang dibina tuan rumah berdekatan Stadium Nasional Morodok Tehcno masih belum siap sepenuhnya.

Justeru beberapa atlet dan pegawai terpaksa dipindahkan ke hotel sekitar Phnom Penh, namun ia menyukarkan pembekalan makanan halal yang sepatutnya sudah tersedia di dalam perkampungan sukan tersebut.

Lebih perit, daripada 676 atlet dalam kontinjen Malaysia, ­hanya 200 orang boleh ditempatkan dalam perkampungan sukan.

Justeru Nasir bersama keseluruhan pegawai sekretariat negara berusaha mencari alternatif lain agar isu ini tidak menghalang mereka untuk menampilkan aksi terbaik ketika hari saingan.

“Ada isu perkampungan sukan tidak cukup dan lengkap tapi kita sudah membuat tempahan di hotel, cuma makanan ada lalat sikit dan itu juga sudah disediakan, manakala masalah lain adalah tidak cukup troli di lapangan terbang.

“Saya sudah suarakan masalah itu dalam mesyuarat CDM dan sudah diambil tindakan segera.

“Kita nampak masalah itu remeh, namun kita tidak mahu perkara itu ia mengganggu tumpuan atlet,” jelas Nasir.

Terdahulu, Setiausaha Agung Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Kemboja (CAMSOC), Vath Chamrouen menjelaskan perkampungan sukan yang menelan belanja AS$150 juta (RM668 juta) mampu memuatkan 60,000 orang pada satu masa sepatutnya siap pada ­Februari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya