Terjun buka tirai dengan satu emas di Sukan SEA Kemboja 2023 - Utusan Malaysia

Terjun buka tirai dengan satu emas di Sukan SEA Kemboja 2023

Atlet terjun negara, Kimberly Bong merangkul pingat emas acara 3 meter papan anjal wanita di Sukan SEA Kemboja 2023 dalam aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo, Phnom Penh. (Foto: AMIR KHALID/UTUSAN)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Skuad terjun negara bermula dengan langkah kanan apabila menepati ramalan untuk mendominasi acara 3 meter (m) papan anjal wanita yang berlangsung di Pusat Akuatik Morodok Techo, hari ini.

Malaysia yang mempertaruhkan Kimberly Bong dan Ong Ker Yin bersaing dengan enam lagi peserta dalam usaha untuk menyapu bersih semua emas yang dipertandingkan di sini.

Kimberly akhirnya dinobatkan sebagai pemenang pingat emas selepas memungut 276.3 mata keseluruhan.

Ker Ying pula yang memenangi perak di Vietnam tahun lalu terpaksa berpuasa hati dengan gangsa apabila meraih 248.70 mata, dipintas atlet Indonesia, Gladies Lariesa yang meraih perak dengan catatan 273.10.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya