MADRID: Carlo Ancelotti kecewa Real Madrid diikat 1-1 oleh Manchester City kerana percaya pasukannya berhak memenangi aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara itu.
Jaringan Vinicius Jr dari luar kotak penalti pada minit ke-36 menceriakan penyokong di Santiago Bernabeu dan meletakkan Real mendahului 1-0.
Bagaimanapun selepas Real mencipta beberapa peluang untuk melebarkan kelebihan, Kevin De Bruyne meledak gol penyamaan menerusi sepakan rendah pada minit ke-67 bagi memastikan City pulang bersama keputusan seri, awal pagi tadi.
“Kami bersaing, bertarung dan saya rasa kami berhak menang. Ia perlawanan yang bagus dan kami akan ke aksi kedua dengan perasaan yang bagus.
2/9 – Real Madrid have progressed from just two of their nine UEFA Champions League knockout stage ties when failing to win the first leg at home – both of these were against Manchester United (1999-00 and 2012-13). Omen? pic.twitter.com/PxpjJ7o6MA
— OptaJoe (@OptaJoe) May 9, 2023
“Keputusan itu tidak menunjukkan apa yang kami lakukan di padang tetapi pertembungan ini sengit hingga minit terakhir.
“Mereka mengawal bola dalam 30 minit pertama tetapi ia tidak terlalu mengancam kerana pertahanan kami bagus dan menanti untuk perubahan yang efektif.
“Pada babak kedua, kami berjaya keluar dari belakang dengan lebih baik…. sepatutnya kami boleh menang, tetapi ia tampak bagus,” kata pengurus Real, Ancelotti.
Ancelotti pada kebiasaannya tenang di tepi padang tetapi gagal mengawal kemarahan selepas gol dijaringkan City hingga dilayangkan kad kuning kerana merungut kepada pengadil dari Portugal, Artur Dias.
Pengendali dari Itali itu merasakan bola sudah keluar padang sebelum City menyamakan kedudukan.
Juara 14 kali, Real akan bertandang ke Manchester untuk aksi separuh akhir kedua, Khamis depan. – AGENSI