Skuad badminton lelaki Malaysia tumpaskan Vietnam 3-1

Skuad badminton lelaki Malaysia tumpaskan Vietnam 3-1

Gandingan beregu lelaki negara, Goh Boon Zhe-Beh Chun Meng yang membantu kemenangan 3-1 Malaysia ke atas Vietnam dalam aksi suku akhir berpasukan lelaki di Dewan Badminton Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo, Phnom Penh. (Foto: AMIR KHALID: UTUSAN)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Skuad badminton lelaki negara melepasi halangan pertama di Sukan SEA Kemboja 2023 apabila menewaskan Vietnam dengan keputusan 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Dewan Badminton Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo, Phnom Penh sebentar tadi.

Malaysia mempertaruhkan mempertaruhkan Leong Jun Hao pada perlawanan pertama berentap dengan Nguyen Hai Dang.

Jun Hao memastikan kem negara memulakan kempen dengan baik apabila menang dengan keputusan 21-14, 21016 dalam tempoh 40 minit.

Malaysia semakin selesa apabila gandingan beregu lelaki, Goh Boon Zhe-Beh Chun Meng unggul untuk menghadiahkan mata kedua negara apabila menewaskan Dinh Hoang Nguyen-Dinh Manh Tran dnegan keputusan 21-19, 21-14.

Bagaimanapun perlawanan seharusnya ditamatkan dengan dengan mudah bertukar menjadi igauan buat perseorangan Lee Shun Yang yang turun sebagai wakil ketiga.

Shun Yang kelihatan kelihatan arah ketika menentang pemain Vietnam Le Duc Phat, sekaligus tewas dengan keputusan 13-21, 21-16, 7-21.

Mujur beregu lelaki negara, Chia Wei Jie-Liew Xun menyelamatkan maruah negara ketika berdepan dengan Xuang Hung Nguyen-Van Hai Pham apabila merakamkan kemenangan 21-14, 21-18 untuk meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir esok.

Terdahulu, skuad berpasukan wanita negara menerima tamparan apabila terkandas di suku akhir semalam selepas diaibkan Filipina 3-0.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya