Selamat tinggal Phnom Penh, jumpa di Thailand 2025

Selamat tinggal Phnom Penh, jumpa di Thailand 2025

EDISI ke-32 Sukan SEA ditutup secara rasmi dengan penuh warna warni di Phnom Penh, Kemboja hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Edisi Sukan SEA yang ke-32 selamat melabuhkan tirai dengan acara perasmian penutupan berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh hari ini.

Upacara dimulakan dengan persembahan bunga api dan lampu yang bergemerlapan menandakan penamat kepada temasya dwitahunan ini.

Upacara turut dimeriahkan dengan perarakan masuk hampir 1000 atlet dari 11 buah negara yang menyertai saingan ini termasuk 2000 orang sukarelawan yang telah membantu untuk menjayakan Sukan SEA kal ini.

Tuan rumah, Kemboja yang baru pertama kali tampil untuk mengelolakan temasya sukan dwitahunan ini boleh berbangga apabila meraih keseluruhan 81 pingat emas, 74 pingat perak dan 127 gangsa untuk mengakhiri saingan di tangga keempat keseluruhan, yang merupakan pencapaian terbaik mereka sepanjang penyertaan di pentas Sukan SEA.

Vietnam pula unggul untuk mempertahankan status sebagai juara keseluruhan apabila mengumpul keseluruhan 136 pingat emas 105 pingat perak dan 114 pingat gangsa.

EDISI ke-32 Sukan SEA ditutup secara rasmi dengan penuh warna warni.

Thailand pula terpaksa berpuas hati di tangga ketiga, sementara Indonesia yang membolot ibu segala pingat, bola sepak selepas 32 tahun berada di tangga keempat.

Kontinjen Malaysia pula akur apabila 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa hanya mampu meletakkan negara di tangga ketujuh keseluruhan.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen secara rasminya merasmikan upacara penutupan Sukan SEA kali ini, disusuli penurunan bendera Persekutuan Sukan SEA untuk diberikan kepada tuan rumah selepas ini iaitu Thailand.

Thailand bakal menjadikan tiga bandar utama, Bangkok, Chonburi dan Songkhla sebagai tuan rumah temasya ini pada edisi 2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya