Salah pastikan Liverpool terus 'bernyawa'

Salah pastikan Liverpool terus ‘bernyawa’

MOHAMED Salah menyempurnakan penalti bagi memastikan Liverpool terus bersaing merebut kelompok empat teratas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Sepakan penalti Mohamed Salah mengekalkan harapan tipis Liverpool untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan apabila menumpaskan Fulham 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield awal pagi tadi.

Kemenangan itu membolehkan Reds mengumpul 59 mata, empat mata di belakang pasukan tangga keempat, Manchester United, yang mempunyai dua perlawanan dalam tangan, manakala Fulham di tangga ke-10 dengan 45 mata.

Fulham mempunyai peluang keemasan  apabila rembatan Carlos Vinicius memaksa penjaga gol lawan, Alisson melakukan penyelamatan hebat pada minit ke-14.

Begitupun pada minit ke-39, tindakan Issa Diop menjatuhkan Darwin Nunez dalam kotak penalti mengundang padah.

Tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti, dan Salah menyempurnakan tendangan untuk meledak gol kelapan berturut-turut di Anfield.

Biarpun menurunkan Salah, Nunez dan Luis Diaz, Liverpool bergelut untuk merobek gawang lawan selepas penjaga gol, Bernd Leno cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya.

“Ia sentiasa sukar untuk memenangi perlawanan dalam Liga Perdana, lima kemenangan berturut-turut adalah sangat bagus,” kata kapten Liverpool, Jordan Henderson.

Pengurus Reds, Jurgen Klopp pula berkata, dia kagum dengan semangat juang pasukannya, dan musim ini adalah tentang membina momentum untuk kempen seterusnya.

“(Itu) sangat penting… kami perlu cuba melakukan sesuatu yang boleh digunakan bagi membina musim depan. Itulah yang kami lakukan dan saya gembira dengannya,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya