Peluang timba ilmu dengan gergasi Eropah

Peluang timba ilmu dengan gergasi Eropah

PEMAIN cilik Malaysia berpeluang menimba ilmu daripada gergasi Eropah, Real Madrid menerusi penganjuran dua klinik bola sepak bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara Eropah 14 kali, Real Madrid menerusi Yayasan Real Madrid bakal mengadakan dua sesi klinik bola sepak di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL) bulan depan.

Klinik bola sepak itu akan diadakan sebanyak dua sesi dengan klinik pertama berlangsung pada 11-13 Jun, manakala, sesi kedua pada 15-17 Jun.

Dr V. Nathan yang bertindak selaku wakil rasmi ‘Winner Takes All’, penganjur bersama Klinik Yayasan Real Madrid Malaysia berkata, penganjuran klinik bola sepak itu merupakan impian yang menjadi kenyataan kepada pemain-pemain muda yang menanti peluang untuk

menuntut ilmu bola sepak daripada jurulatih terbaik di dunia.

Jelasnya, peluang tersebut jarang sekali diperoleh dan pengalaman berlatih bersama barisan jurulatih dari kelab terkemuka dari Liga Sepanyol itu harus dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Kami teruja untuk menganjurkan Klinik Yayasan Real Madrid di Malaysia dan kami berharap anak-anak akan memanfaatkan peluang tersebut bagi meningkatkan kemahiran bola sepak mereka, selain, mendapat kawan baharu menerusi klinik ini,” katanya.

Setiap klinik tersebut memiliki dua sesi pada sebelah pagi dan tengah hari yang melibatkan kos RM1,235.
Para peserta juga akan menerima pakaian seragam rasmi iaitu jersi, seluar pendek dan stoking.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya