Parking treler pun bocor

Parking treler pun bocor

BERGSON Da Silva
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: “Ada yang kata kita akan letak treler ketika berdepan JDT, tapi treler itu bocor”.

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui ketiadaan beberapa tonggak utama sedikit menyukarkan pasukan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah pasukan yang sangat baik kerana mereka mempunyai solusi untuk mengatasi apa sahaja halangan yang cuba dilakukan skuad Tok Gajah.

Jelasnya, para pemain sudah mengikuti segala arahan taktikal yang diberikan namun gol Bergson pada minit akhir babak pertama mengubah pelan permainan dan akhirnya terpaksa akur dengan kekuatan yang ada pada skuad Harimau Selatan.

Walaupun tumpas 2-0 kepda JDT, Fandi tetap memberikan pujian kepada anak buahnya apabila memberi tentangan hebat kepada pasukan terbaik Liga Super yang terpaksa berhempas pulas dan menunggu sehingga minit akhir babak pertama untuk membuka jaringan.

“Turun tanpa beberapa kelibat pemain seperti Lucas Silva, Azam Azih dan Ezequiel Aguero memberi kesan kepada keseluruhan permainan. Tambahan pula kita tidak dapat turunkan pemain pinjaman daripada JDT seperti Syazwan Andik, Izham Tarmizi dan Azrif Nasrulhaq.

“Matlamat kita untuk mengekang permainan mereka tapi hujung babak pertama, kita dibolosi akhirnya. Gol itu sedikit sebanyak meruntuh semangat juang pemain, sekiranya keadaan masih 0-0 pada babak kedua, sudah tentu permainan jadi berbeza.

“Walaupun turun bukan dengan kekuatan sebenar, pujian harus diberikan kepada pemain setelah mereka memberikan aksi yang terbaik dan kita kalah kepada pasukan terbaik dalam liga. Ada yang kata kita akan letak treler ketika berdepan JDT, tapi treler itu bocor,” ujarnya.

Pada perlawanan itu, gandingan penyerang Harimau Selatan, Bergson dan Fernando Forestieri masing-masing meledak satu gol untuk memastikan penyandang juara itu melebarkan rekod kemenangan kepada 12 perlawanan liga berturut-turut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya