Onexox TKKR Racing pasang hasrat tawan Jasin

Onexox TKKR Racing pasang hasrat tawan Jasin

Pelumba Onexox TKKR Racing, Md Muzakkir Mohamad mengidam untuk menaiki podium menjelang perlumbaan pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix yang bermula hari ini di Litar Jasin, Melaka. (FOTO: Onexox TKKR Racing)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Pasukan Onexox TKKR Racing menaruh harapan tinggi untuk membolot dua podium di pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix yang akan bermula hari ini di Litar Jasin, Melaka sekaligus menamatkan kemarau podium yang dialami mereka sejak awal musim ini.

Pelumba veteran, Md. Muzakkir Mohamed menjadi taruhan terbaik TKKR dalam kelas perdana, CP 150 menyifatkan reka bentuk terbaru Litar Jasin memberikannya keterujaan menjelang perlumbaan pada Ahad.

Dua perlumbaan sebelum ini di Litar Antarabangsa Sepang dan Litar Jempol menyaksikan Muzakkir sekadar menghabiskan saingan di tangga kelapan dan ke 13, sekaligus meletakkannya di kedudukan keempat keseluruhan dengan mengumpul 21 mata.

“Pagi-pagi lagi (semalam) saya sudah ke sini bersama pasukan. Kali ini rasanya sangat berbeza dengan pusingan-pusingan sebelum ini, bukan kerana ia trek yang baru tetapi ia menggunakan reka bentuk yang baru. Jadi ia berbeza dengan litar Jasin yang kita pernah harungi pada tahun 2019 dahulu,” kata Muzakkir.

“Tanggapan pertama ialah kita sangat teruja. Apabila sampai ke sini dan melihat trek ini, bukan saya seorang tetapi boleh dikatakan semua orang teruja, kerana ia nampak luas dan lebar. Kita memang tidak akan jumpa trek sementara yang berpagar tetapi luas seperti di Jasin ini. Saya rasa ini trek sementara yang paling luas dalam siri Cub Prix ini.

“Ia juga agak panjang dan ada sektor mendaki dan menurun bukit, jadi ini membuatkan saya sangat teruja dan tidak sabar mencubanya pada sesi latihan pertama esok (hari ini).” jelas Muzakkir.

Turut sama mengidamkan podium di Jasin merupakan Hafiza Rofa yang masih lagi segar dengan kejayaan meraih tempat ketiga ketika Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC) minggu lalu di Sepang.

Hafiza yang merupakan naib juara kategori CP 125 musim lalu kini berada di kedudukan keempat keseluruhan dengan pungutan 21 mata, 17 mata. di belakang pendahulu Md Khairi Asyraf Mahmood dari Jetron Yamaha YY Pang Racing Team.

“Sasaran kami pada minggu ini amat besar sebab kita sudah tersasar dari podium di dua pusingan sebelum ini. Target saya adalah untuk menjuarai pusingan ini sebab kita sudah mnembuat testing di litar ini dan kita akan cuba minggu ini untuk mendapat podium pertama untuk CP125,” jelas Hafiza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya