Nadal hampiri penghujung karier

Nadal hampiri penghujung karier

RAFAEL Nadal ketika mengumumkan penarikan diri daripada Terbuka Perancis di Rafa Nadal Academy, Manacor, Sepanyol semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: ‘Raja Tanah Liat’, ­Rafael Nadal terpaksa menarik diri daripada kejohanan ke­gemarannya, Terbuka Perancis yang bermula hujung bulan ini kerana tidak cergas, malah ­me­ngakui mungkin bersara daripada tenis pada penghujung 2024.

Bintang Sepanyol dan pemilik 22 gelaran Grand Slam itu tidak beraksi dalam sebarang pertandingan sejak tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Australia, Januari lalu.

Semalam, pemain berusia 36 tahun itu mengesahkan dia tidak akan bertanding di Roland Garros buat kali pertama sejak 2004 kerana tidak sempat sembuh daripada masalah otot belakang.

Juara Terbuka Perancis 14 kali itu memberitahu, dia akan berehat untuk tempoh yang tidak dapat dipastikan sebelum berpotensi kembali beraksi pada akhir tahun ini dalam Piala Davis.

“Saya bekerja sekeras mungkin setiap hari sepanjang empat bulan lepas. Ini bulan yang sangat sukar kerana kami tidak dapat mencari penyelesaian kepada masalah yang saya hadapi di Australia.

“Hari ini saya masih dalam kedudukan yang saya tidak ­dapat merasakan diri saya bersedia untuk bersaing pada standard yang perlukan untuk bermain di Roland Garros ­(Terbuka Perancis).

“Saya bukan pemain yang akan berada di sana dengan meletakkan diri pada kedudukan yang saya tidak suka.

“Cita-cita saya adalah untuk cuba menikmati tahun hadapan, yang mungkin akan menjadi tahun terakhir saya dalam pertandingan profesional. ­Motivasi saya adalah untuk cuba mengucapkan selamat tinggal kepada semua kejohanan pen­ting.

“Musim 2024 mungkin akan menjadi tahun terakhir saya. Saya tidak akan menetapkan tarikh kembali sebelum itu. Saya mungkin mencapai Piala Davis penghujung 2023,” katanya.

Nadal dilihat berlatih di atas tanah liat dalam usaha untuk cergas bagi mempertahankan kejuaraan.

Bagaimanapun, dia tidak dapat mengatasi isu kecederaan yang dialaminya sejak menarik diri pada separuh akhir Wimbledon tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya