Muller pilih Real Madrid kalahkan City

Muller pilih Real Madrid kalahkan City

PEMAIN Real Madrid menjalani latihan akhir di Madrid, Sepanyol kelmarin dalam persiapan menghadapi Manchester City pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara esok. IHSAN REAL MADRID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Bintang Bayern Munich, Thomas Muller percaya, juara 14 kali, Real Madrid memiliki peluang lebih besar berbanding Manchester City apabila dua pasukan itu berentap pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Stadium Etihad esok.

Begitupun, dia tidak menafikan City dan Real memiliki kekuatan masing-masing, malah ia akan menjadi perlawanan yang menarik untuk ditonton.

“Dari sudut bola sepak, saya lebih memilih Real Madrid, namun kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang baik dan pertemuan itu akan sangat menarik untuk ditonton,” katanya yang langsung tidak menyebut ­tentang bintang tengah Real yang juga rakan senegaranya dari Jerman, Toni Kroos.

Aksi separuh akhir pertama minggu lalu menyaksikan Real dan City terikat 1-1 di Stadium Santiago Bernabeu, sekali gus peluang untuk kedua-dua pasu­kan layak ke final di Istanbul pada 10 Jun depan sangat ­terbuka.

City yang tidak pernah memenangi Liga Juara-Juara pasti­nya tidak mahu melepaskan peluang ini selepas kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) hampir pasti menjadi milik mereka.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu menyingkirkan Bayern di suku akhir secara agregat 4-1.

Ia juga menjadi musim ketiga Bayern tidak berada dalam ­sa­ingan empat terbaik kejuaraan berprestij Eropah itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya