Messi buat peminat Indonesia gelisah

Messi buat peminat Indonesia gelisah

LIONEL Messi (tengah) menjulang replika trofi Piala Dunia bersama rakan sepasukan sejurus selepas membantu Argentina menumpaskan Curacao dalam aksi persahabatan di Stadium Madre de Ciudades, Santiago del Estero hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) tidak memberi jaminan Lionel Messi akan menyertai skuad kebangsaan Argentina menentang Indonesia dalam perlawanan kalendar FIFA di Stadium Utama Bung Karno pada 19 Jun ini.

Jawatankuasa Eksekutif (Exco) PSSI, Arya Sinulingga berkata, tiada kepastian berhubung kehadiran Messi di Jakarta, walaupun media Argentina, El Destape mendakwa pemain terbaik dunia itu akan dibawa oleh pasukan.

“Kami tidak boleh mengesahkan (kehadiran Messi) jika ia tidak jelas kerana mungkin ada sesuatu berlaku, kita tidak tahu. Tiada siapa boleh pastikan siapa pemain yang akan dibawa oleh Argentina.

“Sedang berlatih tiba-tiba ­cedera, siapa boleh buat kontrak? Tiada siapa berani. Sebab kalau dia buat kontrak, tiba-tiba ­cedera atau macam-macam, dia tak boleh tunaikan, dia kena bayar.

“Sebab itu, tiada siapa yang mahu, tiada siapa berani atau ada mana-mana pasukan negara akan tentukan pemain mana akan datang,” kata Arya yang dipetik kepada CNN Indonesia.

SKUAD Garuda bakal menentang Argentina bulan depan.

Kata Arya, pasukan kebangsaan Argentina mempunyai ramai pemain bintang, bukan sahaja Messi.

“Semuanya sama. Pasukan kebangsaan Argentina memenangi Piala Dunia bukan kerana seorang. Ada Angel Di Maria bermain, dan sebagainya,” katanya.

Akhbar Argentina, El Destape sebelum ini melaporkan Messi telah membuat keputusan untuk menyertai skuad bimbingan Lionel Scaloni bagi menentang Australia dan Indonesia walaupun tiada mata penting untuk direbut.

“Messi sudah pun memaklumkan dia akan hadir dalam dua perlawanan itu (menentang Australia dan Indonesia) walaupun hakikatnya tiada mata yang dipertaruhkan.

“Skuad La Scaloneta akan datang hampir dengan kekuatan penuh, kecuali Lisandro Martinez yang cedera bersama Manchester United. Pemain muda Alejandro Garnacho juga akan kembali ke pasukan kebangsaan,” tulis El Destape. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.