Kecederaan jadi penghalang Erry di Kemboja

Kecederaan jadi penghalang Erry di Kemboja

MUHAMMAD Erry gagal menamatkan saingan (DNS) selepas gagal melepasi tiga percubaan snatch 135kg.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Atlet angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat mengakui kecederaan belakang yang dialaminya menjadi punca gagal menghadiahkan kilauan pingat pada aksi final lelaki bawah 73 kilogram (kg) temasya Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini.

Pada saingan di Dewan Olimpik, Phnom Penh itu, Muhammad Erry gagal menamatkan saingan (DNS) selepas gagal melepasi tiga percubaan snatch 135kg sebentar tadi.

Atlet berusia 24 tahun itu berkata, usaha untuk makan ‘painkiller’ sejak beberapa hari lepas sudah dibuat agar dapat mempamerkan prestasi lebih meyakinkan di atas gelanggang.

“Saya agak kecewa kerana gagal menamatkan saingan kali ini tetapi percayalah saya sudah buat yang terbaik. Cuma, ketika saya cuba melakukan angkatan, kesakitan belakang kembali dirasai.

“Saya telah makan painkiller (ubat tahan sakit) sejak beberapa hari lepas tetapi apakan daya. Kesakitan belakang ini telah dialami sejak saya menjalani latihan di Indonesia.

“Saya mohon maaf kepada semua kerana tidak dapat menyumbangkan kilauan pingat,” katanya.

Pada Sukan SEA Vietnam tahun lalu, Erry yang juga anak kepada bekas jaguh angkat berat negara, Hidayat Hamidon itu membawa pulang gangsa apabila melakukan angkatan keseluruhan 316 kilogram (kg).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.