Kasut Adizero 'pikat' pelari jarak jauh

Kasut Adizero ‘pikat’ pelari jarak jauh

PESERTA-peserta yang menyertai larian Adidas Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEGASI Adizero terus menjadi tumpuan dan pilihan buat pelari-pelari jarak jauh terutamanya atlet maraton dunia.

Kasut keluaran Adidas itu khas dicipta bukan sahaja untuk pelari yang aktif bagi larian jarak jauh tetapi turut mempunyai pilihan untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dengan sukan berkenaan.

Edisi kasut sukan itu mula bertapak dalam pasaran sejak 2008 dan sentiasa menjadi pilihan ramai atlet maraton bagi mendapatkan larian yang selesa, selain merekodkan catatan masa lebih pantas.

Buktinya, Haile Gebrselassie yang menggunakan kasut keluaran pertama kasut iaitu Adizero Adios 1 berjaya mencatat rekod dunia, malah menjadi individu pertama melakukan catatan masa 2 jam 04 minit pada tahun 2008.

Pada tahun 2022, produk Adizero turut membantu atlet elit dan calon pelari untuk mendominasi kemenangan di perlumbaan jalan raya dan trek.

Dengan jumlah 10 gelaran Kejohanan Dunia yang mengagumkan, dua rekod dunia dipecahkan dan 50 peratus daripada semua kemenangan tercipta di Kejohanan Maraton Dunia, ia membuktikan kasut itu sangat membantu pelari bagi meraih kedudukan podium.

Pengurus besar dan juga Naib Presiden Kanan Larian & Sukan Kredibiliti di Adidas, Alberto Uncini Manganelli, dengan yakin mengisytiharkan tahun 2022 sebagai luar biasa.

“2022 adalah tahun yang luar biasa untuk francais Adizero dan atlet kami. Tetapi usaha kami untuk terus mecipta kecemerlangan tidak akan pernah berhenti.

“Kami terus berusaha untuk membangunkan produk terbaik dengan bekerjasama dengan atlet dan komuniti larian bagi memanfaatkan inovasi dan teknologi terkini.

“Ketika kami menghampiri Maraton Utama Dunia yang pertama pada 2023, kami pasti tahun ini tidak akan berbeza dengan Adizero yang terakhir akan teruse mendominasi perlumbaan tersebut sekali lagi,” katanya.

Adizero Adios Pro 3

Beberapa kasut baharu telah dilancarkan iaitu Adizero Adios Pro 3, Adizero Boston 11, Adizero Takumi Sen 9, Adizero Adios 7, Adizero Prime X Strung dan Adizero Boston 11.

Sempena pelancaran kasut berkenaan, satu acara larian turut diadakan bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras baru-baru ini yang telah mendapat sambutan hampir 200 orang pelari.

Buat mereka yang berminat mendapat kasut tersebut boleh melayari laman sesawang  www.adidas.com.my dan kedai sukan Adidas berdekatan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.