Ribuan peminat serbu Beckham

Ribuan peminat serbu Beckham

Legenda England, David Beckham bersama peminat di Malaysia pada sesi Meet & Greet sempena pelancaran butik pameran 'World of The Predator' Adidas di Pusat Beli Belah The Exchange TRX, semalam. GAMBAR - AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribuan peminat tidak melepaskan peluang untuk bertemu legenda England, David Beckham di pusat beli-belah The Exchange TRX, semalam.

Bekas bintang Manchester United, Real Madrid dan AC Milan itu hadir ke Malaysia sempena Adidas World of Predator selain bertemu peminat di Malaysia.

Beckham juga sempat meluangkan masa di padang bersama pemain bola sepak wanita semasa Program Bola Sepak Wanita Malaysia (AMGFP) di Kelab Diraja Selangor.

Semasa program yang diketuai kapten pasukan bola sepak wanita negara Steffi Sarge Kaur itu, Beckham turut memberikan kata-kata motivasi kepada peserta yang terlibat.

Program itu dianjurkan bagi menjadikan bola sepak wanita di negara ini lebih besar dan turut mendapat  kerjasama Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

“Di Malaysia, bola sepak wanita menghadapi pelbagai cabaran daripada memerangi stigma masyarakat, diskriminasi, kekurangan akses untuk mengemudi melalui laluan yang sukar.

“Tetapi, ia berjaya berkembang kerana kecekalan atlet wanita kita dan hari ini adalah mengenai mereka.”kata ketua pegawai eksekutif PFAM, Izham Ismail.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN