Kane hanya mahu ke Manchester United

Kane hanya mahu ke Manchester United

HARRY KANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Harry Kane akan kekal di Tottenham untuk musim terakhir jika dia gagal berpindah ke Manchester United.

Kapten England tersebut tidak berhasrat berhijrah ke luar negara pada ketika dia hanya memerlukan 48 lagi gol untuk menyamai rekod Liga Perdana Inggeris milik Alan Shearer,  260.

Tottenham lebih terbuka untuk menjual Kane kepada kelab luar berbanding pesaing Liga Perdana dengan Bayern Munich berminat untuk mendapatkan penyerang itu.

Kane, 30, yang meledak 30 gol musim ini dan mempunyai baki setahun kontrak lebih rela pergi secara percuma sebaik sahaja kontraknya berakhir untuk kekal di England.

United satu-satunya pilihan pemain itu dengan Kane yang berada di Spurs sejak umur 11 tahun tidak sanggup mempertaruhkan reputasinya dengan penyokong dan berpindah ke saingan utama Chelsea atau Arsenal.

Newcastle tidak berada dalam kedudukan untuk membelanjakan 100 juta pound (RM571.21 juta) bagi mendapatkan seorang pemain walaupun mempunyai suntikan dana dari Saudi ketika Liverpool dan Manchester City tidak berada dalam pasaran untuk membeli penyerang.

Jadi United perlu meyakinkan pengerusi kelab, Daniel Levy menjual aset kepada saingan domestik dan ia sesuatu yang dia tidak mahu lakukan.

Jika tidak Spurs mungkin terpaksa melepaskan penjaring England dengan rekod 55 gol itu pergi secara percuma.

“Saya sentiasa memberikan yang terbaik untuk pasukan dan kelab.

“Di luar padang saya memberikan pendapat saya tentang perkara yang saya fikir boleh membantu kami menjadi lebih konsisten dan lebih berjaya dalam budaya yang kami cuba tetapkan,” kata Kane awal bulan ini.

Mengenai topik rekod Shearer, Kane berkata: “Sekarang saya begitu dekat dengannya, pastinya, ia adalah sesuatu yang saya ingin capai.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya