Jumpa kelab Itali bukan ‘hadiah’ terbaik

Jumpa kelab Itali bukan ‘hadiah’ terbaik

PERTAHANAN Manchester City, Manuel Akanji (kiri) meraikan jaringannya ketika membantu pasukan itu menumpaskan Real Madrid pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Etihad, Manchester semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pep Guardiola memberi amaran kepada Manchester City bahawa final Liga Juara-Juara menentang kelab Itali ‘bukan hadiah terbaik’.

Skuad The Citizens akan berdepan juara Eropah tiga kali, Inter Milan di Istanbul pada 10 Jun depan selepas membenam juara 14 kali, Real Madrid 4-0 pada separuh akhir kedua semalam, sekali gus mara secara agregat 5-1.

City kini di landasan memburu kejuaraan treble Liga ­Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Guardiola yang pernah bermain dalam Serie A bersama Brescia dan Roma mengakui, dia menonton aksi separuh akhir ketika Inter menewaskan musuh sebandar, AC Milan 1-0 untuk mara dengan agregat 3-0.

Final menentang kelab Itali bukanlah hadiah terbaik, mereka sangat kompetitif dan kami perlu persiapkan ketahanan mental.

“Kemenangan (ke atas Inter) akan membawa banyak pujian, saya tahu itu perkara biasa dan sudah tentu kami akan cuba memenanginya,” katanya.

City akan mengesahkan ­kejuaraan Liga Perdana jika me­numpaskan Chelsea, Ahad ini sebelum berdepan Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA pada 3 Jun depan.

Dalam aksi di Etihad semalam, dua jaringan babak pertama daripada Bernardo Silva, selain gol Manuel Akanji dan Julian Alvarez melengkapkan kemenangan besar City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya