Jodoh Mercedes, Hamilton masih panjang

Jodoh Mercedes, Hamilton masih panjang

LEWIS HAMILTON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONACO: Lewis Hamilton mendedahkan dia semakin hampir menyambung kontrak bersama Mercedes, sekali gus menolak spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan lumayan ke Ferrari.

Juara Formula Satu (F1) dunia tujuh kali dikatakan akan meninggalkan Mercedes hujung musim ini dan menerima tawaran bernilai 40 juta pound (RM228 juta) untuk bersama Ferrari tahun depan.

Bagaimanapun spekulasi itu dinafikan bos Ferrari, Frederic Vasseur yang menjelaskan mereka tidak pernah membuat sebarang tawaran untuk mendapatkan pemandu Britain itu.

Hamilton, 38, sebelum ini menyuarakan hasrat untuk te­rus bersama Mercedes, namun spekulasi perpindahan timbul setelah wujud jurang besar antara pasukan dengan pe­nyandang juara, Red Bull yang kerap mendominasi perlumbaan sejak tahun lalu.

“Pasukan peribadi saya sedang bekerja dengan rapat bersama Toto (Wolff) di belakang tabir, dan kami sudah semakin mencapai kata persetujuan mengenai kontrak saya.

“Mempunyai sebuah pasukan yang khusus untuk melaksanakan kerja ini adalah lebih baik ketika saya melakukannya bersendirian sebelum ini.

“Ia meletakkan saya dalam keadaan tertekan dan saya tidak ingin melakukannya lagi.

“Kami masih sebuah pasukan juara, cuma mempunyai jentera yang salah, ada banyak keputusan telah dibuat sejak dua tahun lalu tidak sesuai untuk pasukan ini dan kami sedang cuba memperbetulkannya,” jelas Hamilton yang bersama Mercedes sejak dia berusia 13 tahun.

Mercedes bakal tampil de­ngan imej baharu pada Grand Prix Monaco esok apabila jentera sedia ada, W14 dinaiktaraf dengan pelbagai teknologi yang baru.

Hamilton juga turut merasakan penambahbaikan ini bakal meningkatkan prestasi mereka untuk baki saingan yang ada.

“Semua usaha telah dicurahkan untuk segala pembaharuan yang akan dilakukan bagi menghadapi perlumbaan hujung minggu ini.

“Pasukan juga telah be­kerja keras untuk memastikan ­perkara ini dapat direalisasikan,” tambah Hamilton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya