Irfan rangkul emas kali keenam berturut-turut

Irfan rangkul emas kali keenam berturut-turut

MUHAMMAD Irfan Shamsuddin melakukan lemparan emas dalam aksi lempar cakera lelaki Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Muhammad Irfan Shamsuddin membuktikan dia adalah raja lempar cakera Asia Tenggara apabila mempertahankan pingat emas Sukan SEA buat kali keenam berturut-turut di Stadium Morodok Techo, sebentar tadi.

Atlet kelahiran Negeri Sembilan berusia 27 tahun itu melakukan lemparan sejauh 57.83 meter (m), jauh meninggalkan pencabar lain untuk memastikan emas yang kali pertama dimenangi pada usia 18 tahun di Naypyidaw 2013 kekal dalam genggaman.

Selepas menang 10 tahun lalu, Irfan tidak langsung memperlahankan langkahnya apabila turut memenangi emas di Singapura (2015), Kuala Lumpur (2017), Manila (2019), Vietnam (2022) dan terbaru di Kemboja.

Irfan yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 62.55m mengetepikan dua pencabar rapat dari Thailand, Kiadpradid Srisai (51.89m) dan Bandit Singhatongkul. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.